Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 10, 2024 @ 11:20am

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengumumkan dia dan suaminya, Raja Syahiran bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Perkara itu telah diumumkan oleh Uyaina dalam majlis pelancaran produk Baby Ayo, baru-baru ini.

Malah berita gembira itu juga turut dikongsikan oleh Media Hiburan dalam sebuah hantaran di Instagram, Jumaat lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Selain mengumumkan jantina anak kedua, majlis terbabit turut memperkenalkan Uyaina sebagai duta bagi Baby Ayo terbabit yang mengeluarkan produk Berries Gummy Kids Vitamin yang mengandungi dua bahan semulajadi utama iaitu Elderberry dan Acai Berry.

Pengacara itu menyifatkan rezeki sebagai duta adalah rezeki yang diterima bersempena menyambut kelahiran anak kedua kelak.

“Syukur, saya menyifatkan ini sebagai rezeki untuk anak yang bakal lahir nanti. Perlantikan sebagai duta adalah rezeki yang tidak terjangka dan saya suka dengan produk ini kerana ia diformulasi bebas dari sebarang pemanis tiruan, bebas bahan kimia, tanpa lemak trans dan tidak berasaskan kekacang.

@xtra_my Pandai Raja Syahiran berlakon sampai merah padam muka 😂 Uyaina Arshad memula macam geram tapi redhaaaa je la. Rupanya prank je 🤣 Congrats bakal timang baby boy lagi 😘 #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #fyp #rajasyahiran #uyainaarshad ♬ original sound – XTRA

“Kedua-dua bahan yang diperkenalkan itu berkuasa meningkat sistem imunisasi badan dan mencegah dari terkena demam dan selesema. Terima kasih kepada Pengarah Urusan Baby Ayo, Saidatul Amin kerana mempercayai saya dan melantik saya sebagai wajah untuk produk ini,” katanya lagi.

Untuk info, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022

Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan […]

Trending Fri, 21 Aug 2020
Trending Mon, 29 Jun 2020

Tarikh Baru SPM Bermula 6 Januari 2021

Baca info ni betul-betul

Trending Fri, 27 Dec 2019
Events Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Fri, 1 Mar 2024

Hun Haqeem Terkejut David Teo Bongkar Kes Saman Langgar Kontrak MIG… Akui Tak Simpan Dendam

Semoga dipermudah segala urusan Hun nak selesaikan kes saman

error: Content is protected !!