Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 10, 2024 @ 7:34am

Mas Idayu Mohon Siasat Dulu Sebelum Bantu Aman Graseka – “Kita Fikir Logik, Sepatutnya Dia Minta Dengan…”

Isu mengenai pelakon Aman Graseka yang meminta bantuan orang ramai kembali kecoh diperkatakan apabila anaknya didakwa sedang menerima rawatan di hospital, baru-bvaru ini.

Diminta mengulas mengenai perkhabaran terbabit, bekas isteri kepada Aman, Mas Idayu meminta semua pihak agar tidak mudah memberi bantuan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Menurut penyanyi dan juri program nyanyian itu, ramai pihak yang membualkan mengenai perkara sama, namun tidak pasti akan kesahihan kepayahan dilalui oleh Aman.

“Kepada orang luar jangan memberi kalau tidak pada saluran yang betul. Jangan nak bantu tanpa mengetahui kesahihan cerita.

“Kalau kita fikir logik, sepatutnya dia minta dengan anak atau saudara-mara. Kenapa nak meminta daripada orang ramai dengan cara sebegini?” katanya.

Mas Idayu ditemui XTRA ketika majlis Share Rezeki Amaris x Tyzo yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Tambah pelantun lagu Robek Hatiku itu, dia juga bukanlah orang yang sepatutnya memberikan bantuan terhadap Aman.

“Saya sendiri tidak akan membantu. Sekarang status saya adalah isteri orang. Saya ada suami. Jadi, tak sepatutnya saya membantu. Kalau saya belum berkahwin dengan suami sekarang, mungkin saya boleh bantu.

“Kami mempunyai seorang anak. Ikatan dia dengan anak masih ada sebagai bapa manakala saya tidak ada apa-apa pertalian lagi dengan dia.

“Dalam keadaan sekarang anak saya yang sepatutnya membantu. Dia yang ada ikatan dengan Aman. Malangnya, anak saya tidak dapat menghubungi Aman,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Aman berkahwin dengan penyanyi dangdut itu pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu bernama Nur Dayini Asyiqa.

Sementara itu bercakap tentang program Share Rezeki: Amaris x Tyzo, Mas Idayu berbesar hati membantu pelakon Putra Amaris menggerakkan infaq sempena Ramadan itu.

“Saya dah lama kenal Amaris sebab kami sama-sama asal Johor. Namun sebab sibuk sebelum ini kami jarang berhubung.

“Apabila dia berkongsi program yang sudah dilaksanakan empat lepas saya jadi tertarik. Awalnya saya sangka ia sekadar melepas batuk di tangga. Tak sangka program ini bertahan.

“Sebagai selebriti saya membantu untuk menghebahkan program ini kepada lebih ramai orang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

LOONA’s Huge Popularity in KCON USA, Billboard Declares Them as Global Rookie

Orbits prove that stanning LOOΠΔ was never a mistake and it shows! Congratulations LOOΠΔ!

Hiburan Tue, 12 May 2026

Fazura Sedia Nyanyi Lagu Hasil Sentuhan Aiman Sidek – “Your Time To Shine Now”

Fazura berkata pihak syarikat rakaman mewakilinya akan menghubungi Aiman dalam masa terdekat bagi meneruskan proses pembikinan lagu tersebut. 

Hiburan Sun, 5 May 2019

演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥

新加坡演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥~

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

HANYA SETAHUN, HEFNY REDHA…

Peluang mengendalikan program itu biarpun semusim menjadi pengalaman berharga dan saya amat bersyukur…

Hiburan Sat, 22 Nov 2025

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Ernie Zakri berkolaborasi dengan produser & komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto.

error: Content is protected !!