Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari March 12, 2024 @ 3:08pm

Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Seorang kru penerbitan yang mahu dikenali sebagai Mr Z mendedahkan mengenai hubungan antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz di lokasi penggambaran drama ‘Terjerat’.

Memetik laporan Harian Metro, individu itu turut menyatakan bahawa pasangan pelakon tersebut mempunyai panggilan ‘baby’ selain dilihat akrab bersama berbanding dengan pelakon lain.

“Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.

“Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.

“Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies. Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan ‘baby’,” dedahnya kepada Harian Metro.

Malah, Mr Z juga memaklumkan bahawa dia pernah melihat Aliff dan Ruhainies hadir ke set penggambaran bersama-sama walaupun ‘call time’ berbeza.

“Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

“Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mr Z menganggap tindakan Bella menarik diri dalam drama tersebut juga satu keputusan yang baik.

Hal ini kerana, Bella perlu melakonkan watak perampas dan dilihat tidak sesuai untuk dirinya melakonkan watak itu di situasi begini.

“Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Tegur Tindakan Ruhainies Bawa Balik Suami Kawan Baik Pulang Ke Rumah Sebagai Bentuk Pengkhianatan Paling Zalim

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tidak Lagi Terlibat Dalam Drama Gandingan Aliff Aziz & Ruhainies, Syukur Penerbit Memahami – “Terima Kasih…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jan 2019

KTM Beroperasi Tanpa Henti Selama 4 Hari Sempena Thaipusam

Perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Hiburan Fri, 14 Mar 2025

[VIDEO] Uqasha Senrose Menangis Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak  – “Ibu Cari Rezeki Untuk Anak Ibu…”

Uqasha Senrose luah rasa pilu pertama kali berjauhan dengan anak atas urusan kerja

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Fri, 1 Feb 2019
Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Munafik 2 Kutip RM 40 Juta, Syamsul Yusof Terus Demam Terkejut?

Pengarah berbakat besar ini bersyukur dan berharap mesej filem ini sampai dan menjadi inspirasi kepada pendakwah di luar sana. Alhamdulillah…

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!