Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 13, 2024 @ 3:21pm

Kini Aktif Dalam Dunia Perniagaan, Izara Aishah Nafi Lupakan Karier Lakonan – “Hanya Drama Yang ‘Proper’ Saja Saya Akan Buat”

Pelakon Izara Aishah mengakui tahun 2024 adalah tahun yang sibuk buat dirinya dalam mengusahakan perniagaan jenama fesyen miliknya.

Bercakap kepada XTRA, Izara turut memaklumkan dia kini hanya mengambil tawaran lakonan filem dan drama yang menepati pilihannya sahaja.

“Tahun ini saya sangat sibuk dengan perniagaan saya iaitu jenama fesyen saya sendiri.

“Saya hanya buat filem sekarang ini, dan drama hanya drama yang ‘proper’ sahaja saya akan buat, Insya-Allah. Tapi buat masa sekarang belum lagi.

“Saya mahu tumpukan perhatian kepada perniagaan saya sebab ia baru sahaja ditubuhkan jadi memang kena beri sepenuh perhatian,” katanya.

Izara ditemui pada majlis pelancaran Infaq Ramadan Yayasan Nurjiwa di sebuah restoran di Ibu Kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Izara Aishah Hisham, itu menafikan dia sudah melupakan bidang lakonan biarpun kini aktif dalam dunia perniagaan.

“Saya tak lupakan, ada lagi. Insya-Allah nanti pasti ada tawaran untuk saya sebab jika belum sah lagi saya takkan umumkan.

“Ada penerbit yang selalu tawar, tetapi saya terpaksa tolak sebab saya ada beberapa perkara lain. Sebab itulah saya kurangkan sikit karier lakonan.

“Kalau ada penerbit yang betul-betul boleh dengan permintaan saya, baru saya buat,” ujarnya.

Ditanya apakah watak-watak yang diidamkan Izara, ini jawapan menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

“Saya suka galas watak-watak yang berkisarkan tentang cerita sebenar, jadi kalau saya dapat watak sebegitu saya akan terima.

“Tapi saya suka cerita yang bergenre keluarga berbanding cinta,” kongsinya.

Berkongsi perasaan menjadi ibu kepada dua cahaya mata kini, Izara mengakui agak mencabar namun selesa menikmatinya.

“Saya rasa ‘struggle’, saya ada anak pertama dan kedua jadi semua saya ‘hands on’ sebab saya pentingkan keluarga dahulu berbanding karier saya.

“Saya sangat terharu tapi saya sukakan perasaan itu, hanya ibu-ibu saja yang mengetahui perasaan itu,” tutupnya.

Untuk info, Izara dan suami, Adib Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017

Kini Izara dan Adib dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, lima bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Nubhan Tetap Mahu Isteri Hadir Ke Pelancaran MV Selamat Jalan, Cinta!

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berjanji akan setia menemani isterinya ketika melahirkan anak kedua mereka nanti.

Featured Wed, 19 Feb 2025

“Kalau Ada Peluang Berlakon, Saya Akan Kembali Berlakon” – Sharifah Shahirah Mahu Berehat

“Saya dengan rela hati menolaknya kerana ingin berehat” – Kak Rara

Events Fri, 7 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-8 : #daiTV3 Beriadah Sambil Terokai Pengalaman Jadi Buruh Binaan

Saksikan jurnal Da’i bagi mengetahui aktiviti Para Da’i kita sepanjang minggu sebelum ke pentas Pendakwah Nusantara Musim Ke-6

Featured Mon, 12 Jul 2021

Jenazah Benjy Dikebumikan Di Medan

Jenazah pelakon, Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad lalu selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Baca artikel berkaitan : Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma Difahamkan, […]

error: Content is protected !!