Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 13, 2024 @ 4:27pm

Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Isteri, Ippo Hafiz Anggap Ramadan Ini Paling Mencabar… Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz menyifatkan Ramadan ini antara yang paling mencabar buatnya apabila rumah tangga yang dibina sejak 2019 akan diuji dengan perceraian.

Menurut laporan Berita Harian, Ippo berkata dia tidak berkongsi masalah rumah tangga di laman sosialnya demi menjaga aib dan kehormatan keluarganya.

“Siapa yang nak diuji begini? Kalau tanya saya, saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini.

“Sebagai seorang suami memang saya tak sangka saya akan lalui semua ini,” katanya.

Namun, pelantun lagu Rahsia Tuhan itu hanya berharap yang terbaik dan agar doanya dimakbulkan pada Ramadan ini.

Dalam pada itu, Ippo memaklumkan anak bongsunya kini berada di bawah jagaannya manakala yang anak pertama bersama isterinya, Fara Roslan.

“Anak kedua saya, Ibrahim bersama dengan saya dan anak sulung dengan dia. Jadi Ramadan saya bersama Ibrahim saja.

“Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya,” ujarnya.

Mengambil keberkatan bulan mulia ini, Ippo berharap orang ramai boleh mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar.

“Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga,” katanya yang akan tampil dengan lagu baharu untuk pasangan suami isteri popular, Bertahan Demi Cinta.

Pada Selasa, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Selepas Isteri Tak Pulang Rumah Sejak November Tahun Lalu

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

吉隆坡电视剧节增中文奖项!快来给你喜欢的剧投票~

第6届《吉隆坡电视剧节》颁奖典礼新增最受欢迎中文电视剧奖项!

Featured Sun, 20 Apr 2025

“Kita Dengan Sesiapa Pun Boleh Bergaduh” – Salah Faham Tamat, Aaron Aziz & Sharnaaz Ahmad Berdamai 

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas kedua-duanya tampil dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Trending Sun, 18 Nov 2018

连续撕365天成最美纸雕日历!

新的一年就快到了,文具控们准备好入手新年历、日历了吗?想要来个与以往都不同的选择,那建议可以好好考虑这本「最美纸雕月历」,每撕一张都会出现日本各地美景。

Filem Thu, 22 Feb 2024
Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Perlu Terkilan Sangat, Itu Hanya Gelaran” – Zila Bakarin Titip Nasihat Buat Uqasha Senrose Isu Dipanggil ‘Janda’

Zila menasihati Uqasha untuk tidak mengendahkan kritikan negatif netizen itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada kehidupan dan anaknya. 

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Kisah Viral Tue, 5 Dec 2023

Jumlah Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

Sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki

error: Content is protected !!