Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 22, 2024 @ 8:32pm

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Tak ‘Tunggang’ Populariti Umisya Mazlan

Pasangan pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyanggah dakwaan sengaja mengambil Umisya Mazlan yang juga madu kepada pempengaruh Marissa Dania menjadi duta produk sebagai strategi pemasaran perniagaan mereka.

Menurut Aeril, dia dan Wawa tidak mahu menjadikan Umisya sebagai pelaris atau berniat mengambil kesempatan atau ‘menunggang’ popularity, sebaliknya mereka ikhlas mahu membantu wanita itu sebagai duta tudung syarikatnya.

“Seperti semua sedia maklum, bagi melakukan promosi setiap bulan, memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu kami. Jika diimbas kembali, kami sering melihat pempengaruh yang sedang menjadi tumpuan pada waktu sekarang ini.

“Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami. Tanggapan ‘mengambil orang teraniaya’ itu, kami sendiri tidak pasti. Sama ada dia teraniaya atau tidak, dia sahaja yang tahu. Mana tahu, sebenarnya dia pun bahagia saja,” katanya.

Aeril dan Wawa ditemui pada Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa Cosmetics serentak pelancaran rangkaian produk baharu mereka, Love Your Skin di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Wawa menegaskan dia sudah lama melakukan perjanjian dengan Umisya dan semuanya terjadi secara kebetulan.

“Sebenarnya ia kebetulan, bukan dirancang. Kami sudah lama membuat perjanjian dengan Misya. Kami pun tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali.

“Dalam masa yang sama, kami memang nak bantu dia juga. Pihak yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja. Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini,” kata Wawa pula.

Terdahulu, sekitar Februari lalu, Wawa melantik Umisya yang merupakan madu kepada anak Norman Hakim dan Abby Abadi sebagai wajah koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan dan pemilihan itu meraih pujian ramai.

Mengulas mengenai Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa Cosmetics, acara yang dianjurkan saban tahun itu adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz sempena kehadiran bulan yang mulia ini.

“Kami meraikan anak-anak yatim daripada Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar-pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami gembira dapat berkongsi rezeki.

“Pada majlis sama, kami melancarkan produk terbaharu keluaran Wawa Cosmetics iaitu advance moisturizer dan cleansing oil yang diberi nama Love Your Skin. Antara bahan yang terdapat di dalam produk advance moisturizer adalah air aqua, MC-Rice lactoc pro, ekstrak teh hijau, ekstrak chandrus crispus dan glyecerin. Manakala untuk produk cleansing oil bahan-bahan yang digunakan adalah bunga matahari, minyak biji blackcurrent dan minyak biji anggur,” kata Wawa.

Dalam majlis sama, penyampaian sumbangan beg sekolah dan duit raya daripada Pengarah Urusan Wawa Cosmetics, Wawa dan Aeril bersama dengan barisan pengedar-pengedar produk jenama terbabit turut diadakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Sampai Bila Nak Bawa Watak Nenek Atau Hantu?

Watak Ibu-Ibu lebih sesuai diberikan kepada pelakon seusia saya. Habis tu pelakon seumur saya nak bawa watak apa?

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: ‘All Out’ Untuk Puas Sudah, Aina Abdul Harap Penonton Dapat Selami Isi Hati

Anggap kemenangan atau kekalahan sebagai rezeki, Aina Abdul hargai sokongan peminat

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

#Mentor7: Garang? Mestilah Ada Sebab…

Mentor bakal ke udara setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu

Featured Wed, 1 Apr 2026

“Saya Tak Lakukan Sebarang Provokasi Selepas Bernikah ”- Marissa Dania Akui Tak Dapat Hak Sebagai Seorang Isteri Secara Adil

Marissa mengakui apa yang berlaku adalah khilafnya sekali gus memberi bayangan bahawa dia juga tidak dilayan secara adil.

Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!