Featured By: Salma Syahbuddin April 1, 2024 @ 3:36pm

Terima Ugutan Dari Netizen Luar Negara, Uyaina Arshad Kekal Pendirian Lantang Bersuara Isu P***stin- “Saya Buat Video Tentang Isu Yang Bagi Informasi & Fakta”

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menepis dakwaan kononnya dia semakin kurang berkongsi dan memberikan pendapatnya di media sosial berkaitan isu yang berlaku di P***stin.

Bercakap kepada XTRA, Uyaina memaklumkan, dia sebenarnya masih aktif membicarakan topik yang berlaku di negara berkenaan menerusi platform X miliknya, bagaimanapun tidak aktif berkongsi perkara itu di Tiktok seperti sebelum ini memandangkan akaunnya telahpun disekat (banned).

“Mungkin di Instagram ya, dekat TikTok saya langsung dah tak boleh post. Tapi saya sangat aktif di X. Dekat X saya ada post, repost, tweet tentang P***stin.

“Cuma bila orang tengok saya tak cakap pasal P***stin ke bukan sebab saya tak nak cakap. Apa-apa info yang saya bagi tu mesti ada perkara yang di ceritakan.

“Yang terbaru United Nations umumkan akan berhentikan gencatan senjata semasa bulan Ramadan ini, dan mungkin saya akan buat video tentang isu itu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Berkongsi lanjut, Uyaina menegaskan, bahawa dia hanya akan membuat video berdasarkan fakta serta mempunyai maklumat yang boleh dikongsikan kepada pengikutnya.

“Saya akan buat video tentang isu yang bagi informasi dan ada fakta. Jadi, selagi mana tak ada ‘update’ yang besar, ramai lagi selebriti yang bersuara.

“Kalau nak kata saya tak post langsung, tidak. Dekat X, setiap hari saya akan kongsi sebab dekat platform tu lagi laju informasi bergerak,” kongsinya.

Ketika ditanya sama ada perkongsiannya mengenai isu viral itu mendapat respons negatif dari segelintir pihak, pengacara program bual bicara, Wanita Hari Ini itu berkata, dia masih menerima ugutan daripada pengguna di luar negara kerana berpihak kepada negara P***stin.

Malah, wajahnya juga tersenarai di dalam sebuah laporan dan dilabel sebagai musuh Isra*l.

“Dekat X ada. Especially saya pakai tudung, macam-macam dia cakap kita ‘bodoh’ lah, ‘you should die’ dan banyak lagi tapi saya buat tak kisah je. Yang cakap tu semua orang luar.

“Ada satu page ‘Enemies of Israel’ mereka ada post muka saya, tapi tak sampai sebab ada breach of information. Saya pelik dengan mereka yang rasa mereka pula yang mangsa,” ulasnya ketika ditemui pada majlis CSR anjuran WHI Kongsi X Mydin Prihatin baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Akaun TikTok Saya Disekat Selama-Lamanya” – Uyaina Arshad

ARTIKEL BERKAITAN:Akaun TikTok Kena Banned… Guna Bahasa F Luah Rasa Geram, Perkongsian Uyaina Arshad Dihujani Komen Lucu

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam ‘Terpaling’ Lantang Bersuara, Uyaina Arshad Hanya Ulas Isu Berserta Dengan Fakta!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

Lebih Interaktif, Berita TV9 Kini Berwajah Baru!

Program-program berita TV9 masih mengekalkan penyampai beritanya seperti Amin Hayat Abdul Rahim, Zuhaira Mustafa Al Hussin, Affizza Azmi, Suzila Idayu Yaacob, Zaira Sri Zakaria, dan Taufek Mohd Noh.

Featured Mon, 30 Sep 2019
Featured Thu, 20 Jul 2023
Trending Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Linda Rafar Punya Alasan Kukuh Kenapa Tak Nak Tunjuk Suami

Jadi kepada netizen diluar sana, kita doa yang baik-baik sahaja okay

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]