Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2024 @ 4:14pm

[VIDEO] Muncul Dalam Live TikTok Bersama, Datuk Red Terharu Adira Bantu Promosi Kuih Raya – “Insya-Allah, Harap Ada Sinar”

Penyanyi, Adira Suhaimi dipuji seorang isteri yang memberi inspirasi kepada wanita lain selepas memuat naik video mempromosikan kuih raya keluaran suaminya, Datuk Red.

Menerusi video dimuat naik di Instagram miliknya, Adira berkongsi video mempromosikan kuih raya bersama anaknya, Anggrek.

“Handsome juga la bapak engkau ni. Kita support la Datuk Red okay. Kuih raya beli di beg kuning,” katanya.

Susulan itu, tular sebuah video siaran langsung Datuk Red ketika berada di kediaman isteri keduanya, Adira.

Dalam video tersebut, Adira tampil dalam siaran langsung setelah dipanggil oleh Datuk Red.

Di akhir video tersebut, Datuk Red meluahkan rasa teruja apabila Adira mempromosikan kuih raya keluarannya itu.

“Korang tengok tak tadi dia (Adira) ada post video promosi kuih raya saya.

“Ada nampak lah sinar tu. Haraplah, terima kasih tuan puan yang mendoakan,” katanya tersenyum dalam video berkenaan.

@abeyyyymatttt

ami sayang dato #datored #viral #adira muka ada senyum🥰🥰🥰

♬ original sound – abeyyy matttt – abeyyy matttt

Sebelum ini, Adira meluahkan rasa bahagia dan syukur melihat rezeki melimpah ruah Datuk Red yang mendapat peluang pekerjaan baru.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis sejak 2019 tahun lalu.

Sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

Adira memfailakan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Sebak! Datuk Red Merayu Beri Peluang Nak Beraya Dengan Anak-Anak & Isteri Sebagai Suami Buat Kali Terakhir -“Andai Jodoh Kita Tak Panjang…”

Artikel Berkaitan: “Happy For You, Sentiasa Doakan Yang Terbaik” – Luah Rasa Bangga, Adira Suhaimi Ucap Selamat Bekerja Pada Datuk Red

Artikel Berkaitan: Minta Tempoh 5 Tahun Untuk Selesaikan Hutang, Datuk Red Syukur Individu Mulia Hati Beri Tawaran Buka Perniagaan

Artikel Berkaitan: “Jangan Jatuh Dengan Trick Manusia” – Akui Terlalu Ikut Emosi, Datin Red Mohon Maaf Pertikai Datuk Red Tak Hargai Isu Jual Tanah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Izreen Azminda Kembali Aktif Di Instagram

Bagaimanapun, gambar selfie ini nampaknya sudah mendapat tanda likes sebanyak 13,190. Namun, pelakon ini kelihatannya masih menutup ruangan komen dilaman instagram beliau. Manakala, Suaminya Ude Wahid juga kelihatan turut aktif dilaman sosial sejak khamis

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Konsert Tue, 6 Jun 2023
Trending Mon, 11 Jan 2021

“Masing-Masing Ada Cara Sendiri” – Aina Abdul Komen Isu Dibandingkan Dengan Ernie Zakri

Siapa kat sini tak sabar nak tunggu performance Ernie dan Aina di AJL 35 nanti?

Featured Sun, 17 Oct 2021

Masjidil Haram Umumkan Tiada Penjarakan Fizikal

Sejak tercetusnya COVID-19, Masjidil Haram dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa dibatasi penjarakan fizikal buat pertama kali. Difahamkan, kumpulan pekerja menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan […]

Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024