Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 25, 2024 @ 12:54pm

Ungkit Tragedi 2019, Ruhainies Didakwa ‘Hasut’ Aliff Aziz Untuk Benci & Ceraikan Bella Astillah? – “Apa Yang Dia Buat Tu Jahat! Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toksik”

Pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh wanita didakwa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu.

“Apa dia buat dekat awak for the past 10 years was so bad. Very bad. Tak ada orang yang mampu bersabar macam awak.

“Saya sebagai orang luar pun saya tak happy dengan apa yang awak kena lalui.

“Enough la. Lepas ni awak dah free. tak ada lagi toxic, Insya-Allah,” tulis Ruhainies.

Ruhainies
Dalam hantaran tersebut, Sarah mendakwa Ruhainies seorang munafik serta disyaki menghasut Aliff untuk menceraikan Bella.

“Apa bende “apa dia buat dekat awak for the past 10 years was bad????”

“Kau kat mana bila dia tidur kat tepi jalan 2019 first penceraian?? I was there even if it was for a while because we were friends.

“Kau hasut hasut dia untuk cerai juga untuk ара? Aku sendiri tak pernah buat begitu

“AWAK” ni memang manipulator habis,” tulis Sarah.

Ruhainies

Berdasarkan perkongsian lain, tertera mesej Ruhainies mempersoalkan keputusan Aliff yang masih mahu ‘menyimpan’ Bella.

“Kita dah sabar tak cakap apa-apa for past 2 weeks. Tapi dia tak pernah stop.

“Her team even emailed brands-brands saya kerja untuk stop working with me.

“Awak nak pertahan kan lagi? Nak simpan lagi segala dia buat? It’s time to BOOM.

“Let’s kill these two birds with one stone,” katanya.

Ruhainies

Isu khalwat membabitkan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin rumit selepas wanita didakwa kekasih gelap aktor tersebut, Sarah Yasmine mendedahkan mesej mesra mereka di Instagram, semalam.

Dalam beberapa hantaran di IGs, Sarah memuat naik perbualan antara Aliff dan Ruhainies yang ditangkap olehnya secara senyap ketika aktor berkenaan bersamanya.

Ruhainies

Menerusi hantaran tersebut, pelbagai isu hangat dibongkarkan, malah Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Terdahulu, Sarah mendakwa bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Sarah berkata dia berani untuk mendedahkan kisah cinta mereka selepas Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Lebih mengejutkan, Sarah mendakwa Ruhainies telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan Bella, malah, dia turut mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan oleh aktres itu.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

萧敬腾8秒「超快der」体力受得了吗?

萧敬腾新专辑「欲望反光」将于22日发行,同名歌曲由吴青峰一手包办词曲,MV则邀国际级摄影大师林炳存执导,采一镜到底拍摄。

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

Trending Wed, 26 Aug 2020

Meriahkan Hujung Minggu Anda Dengan Jom Heboh Di Rumah Pada 29 & 30 Ini!

Jangan lupa bersama meriahkan Jom Heboh Di Rumah okay!

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Rumah Tangga Fizo Omar- Mawar Bergolak?

Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini ok!

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

Featured Fri, 11 Aug 2023

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Alamak, kenapa dengan lovebirds ni?

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

16 Tahun Tanpa Album, Jackie Chan Siap Sedia Asah Suara!

Bakal tampil dengan album terbaharu tak lama lagi, pelakon berusia 64 tahun ini dah tak sabar untuk menghiburkan kita dengan lagu-lagu terbarunya. Fuh, mesti gempak ni!