Hiburan By: Del14 November 22, 2019 @ 11:00am

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Setelah beberapa kali hukuman tertangguh, pelakon dan pengarah, Dato Farid Kamil, 38, akhirnya menjalani hukuman penjara selama 9 bulan mulai hari ini.

Melalui pertuduhan yang dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, Farid didakwa atas kesalahan telah menggunakan dadah berbahaya jenis ganja pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya pada 11 Januari 2018.

Beliau disabitkan melakukan kesalahan itu di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 15 akta yang sama.

Pada 15 Mei lalu, Farid dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Dalam prosiding Mei lalu, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu, Farid yang juga bapa kepada dua cahaya mata dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara berkenaan diperintah bermula tarikh sabitan, iaitu 15 Mei.

Bagaimana pun, dalam rayuan dibuat pihak Farid pada 19 Jun lalu, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membenarkan permohonan Farid menangguhkan hukuman penjara sembilan bulan.

Farid Kamil sudah menjalani hukuman itu di Penjara Kajang selama 35 hari sejak 15 Mei lalu.

Dalam keputusan itu juga, Hakim Ab Karim telah memerintahkan pelakon itu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, Farid diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @faridkamil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Hari Ini Saja Dah 3 Kali Pakai Padam Make Up” – Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Sharifah Rose

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Rose memuat naik sebuah perkongsian di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Rose mengatakan bahawa ini sudah masuk kali ketiga dia memadam dan mengenakan semula solekan di […]

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

‘ Saya Bangga Jadi Muslim’, Sinead O’Conner Umum Peluk Islam

Kawan rapat, Elaine memberikannya hijab pertama dan beliau seram sejuk seluruh badan sewaktu melihat Shuhada menyarungkannya.

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Selebriti Tue, 12 Dec 2023