Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 27, 2024 @ 12:18pm

Selepas Viral di TikTok, Rezeki Hazrat Muaz Makin Banyak… Mahu Bergelar Pelakon Berkaliber

Pelakon baharu, Hazrat Muaz tidak menyangka video suka-suka yang dimuat naik di TikTok memberikan banyak rezeki kepada dirinya.

Menurut Hazrat, dia menerima tawaran berlakon membintangi beberapa buah drama dan mengacara program travelog baru-baru ini.

“Sebenarnya saya buat video tersebut secara suka-suka sahaja. Tak sangka pula video berkenaan mendapat sambutan hangat daripada pengguna sehingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi disertakan komen peminat.

“Bila video berkenaan ‘blow up’, ada beberapa tawaran berlakon datang. Saya pula memang meminati bidang ini sejak dahulu dan rasanya ini peluang terbaik untuk saya menceburi bidang seni seperti mana yang diimpikan sejak dahulu,” katanya.

Meskipun masih baharu, lelaki yang berusia 29 tahun ini teruja apabila dilamar untuk membintangi drama Panggil Aku Dahlia yang akan tamat penggambaran bulan ini.

Jelasnya, dia teruja membawakan watak King Shah selain dapat bergandingan dengan beberapa nama besar yang lain termasuklah Datuk Seri Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Azah Aziz, Lisdawati dan Raja Azmi yang sememangnya merupakan pelakon hebat tanah air.

“Bukan mudah sebenarnya untuk orang baharu seperti saya menceburi bidang ini sementelah saya sendiri tiada pengalaman. Saya mahu menjadi seorang pelakon berkaliber.

“Apa yang membanggakan tatkala mereka yang lebih senior memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya untuk menghidupkan watak yang diberi.

“Memang saya menghormati sikap baik yang ditunjukkan mereka sepanjang penggambaran. Saya sendiri perlu membuang rasa malu dan kekok untuk memberikan hasil yang terbaik kepada produksi,” tambahnya.

Pun begitu, Hazrat yang juga merupakan perunding takaful mengakui ada mengikuti kelas lakonan sebelum masuk ke set.

Dia mendapatkan khidmat beberapa orang guru termasuklah Lan Siro dan Jaja Ishak yang banyak membantunya menapak sebagai seorang pelakon baharu.

Dengan ilmu yang diberikan, dia mula membina kepercayaan pihak produksi Jaja Ishak Channel Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit pertama yang mengesan bakatnya sehingga memberikan peranan pelakon pembantu utama dalam drama Panggil Aku Dahlia.

“Bukan mudah sebenarnya mahu membina kepercayaan orang kepada kita. Bila sudah dapat peluang, saya harus lakukan yang terbaik bagi membalas jasa mereka. Sebab itu saya suka berada di set penggambaran dan bercampur dengan pelakon senior.

“Mereka tidak pernah lokek dengan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama membantu orang baharu seperti saya untuk ke hadapan,” kata anak kelahiran Pahang ini lagi.

Meskipun baru menceburi bidang ini, Hazrat bersyukur kerana sudah dilamar untuk membintangi beberapa naskhah baru termasuklah telefilem Lafaz Yang Termakbul untuk RTM, Elhan Untuk Nian (Salam HD), Travelog Pahang First, Dokumentari Permata Tanjung Gahai dan beberapa naskhah lain.

Sebagai orang baharu dia banyak mencari peluang termasuklah menghadiri banyak uji bakat yang dijalankan oleh pihak produksi. Tambahnya, pengalaman tersebut amat berguna meskipun ada kalanya pulang hampa.

“Apabila menghadiri uji bakat, ada kala saya rasa begitu kerdil sekali. Pelakon yang lain datang membawa pengalaman sedangkan saya masih digelar orang baharu. Tapi itu membuatkan saya bersemangat untuk merebut peluang yang ada.

“Tapi melalui uji bakat ini juga saya mendapat beberapa tawaran. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Saya hanya berusaha selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Geram ek tengok Lisa ni, min sendiri tak faham cantik bethulll!💗💗💗💗

Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Sun, 12 Oct 2025
Hiburan Sun, 2 Nov 2025
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Dah Terlalu Seksi, Giliran Zizi Kirana Pula Jadi Topik Hangat Netizen

Ramai peminat kecewa dengan imej seksi Zizi tetapi penyanyi itu memaklumkan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.

Trending Fri, 11 Jan 2019

你以为「购物」是病?其实他们都比你更……

我们身边一定有这么几位「购物狂」的朋友,总感觉他们的购买欲无穷无尽,这些朋友总是拥有很多借口,可以让自己「合理」花掉钞票满足自我的购物欲望。

Trending Tue, 12 Jan 2021

PKP 2.0: 5 Insentif Untuk Membantu Perniagaan Buat Peniaga Kecil

Jom tolong peniaga kecil kita untuk survive dalam musim PKP ni!

Featured Wed, 11 Oct 2023

Isu Artis Wanita Kembali Free Hair, Fatin Afeefa Titip Pesan… Minta Netizen Jangan Cepat Jatuh Hukum – “Kita Pun Bukan Baik Sangat!”

Setuju dengan Fatin! Entah-entah orang yang tengah struggle nak istiqamah sekarang ni lebih baik dari orangyang suka kutuk tu kan?❤️‍🔥❤️‍🔥

error: Content is protected !!