Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 2, 2024 @ 11:54am

Video Lama Usik Ruhainies ‘Penyondol’ Kembali Tular, Janna Nick Tampil Beri Penjelasan – “Tak Ada Niat Untuk Sindir Atau ‘Spill The Tea'”

Baru-baru ini, tular semula video lama yang memaparkan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick bertanyakan soal ‘penyondol’ kepada pelakon Ruhainies ketika di program Famili Duo 3 dapat perhatian warganet.

Susulan itu, dia tampil memberi penjelasan mengenai usikan tersebut bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

Tegasnya, dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak sebaliknya hanya mengikut skrip yang disediakan ketika program itu.

“Video tu video lama, apa yang ulaskan itu tak ada niat untuk menyindir atau nak ‘tumpahkan tea’ pun tidak.

“Sebenarnya, ia hanya gurauan dan mengikut isu-isu semasa ketika itu,” jelasnya.

Janna ditemui XTRA ketika majlis Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pelantun lagu Gatal ini juga memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ruhainies.

“Saya dengan Ruhainies ketika itu telah pun berdamai, tidak ada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa pula saya nak menyindir dia dengan perkara-perkara yang tidak baik.

“Mungkin perkara itu terkena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik,” ujarnya.

Oleh itu, Janna memohon agar dirinya tidak dilibatkan dengan kontroversi tersebut.

Malah, dia enggan menjadikan ujian yang dihadapi orang lain sebagai bahan jenaka.

“Kalau boleh jangan palitkan saya dengan isu in sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak.

“Sebab saya anggap ini semua adalah ujian untuk mereka dan kita tak nak jadikan ia sebagai bahan jenaka. Saya takut ujian itu akan berbalik kepada kita,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Usik Ruhainies Dengan Gelaran Penyondol, Netizen Minta Janna Nick Tak Perlu ‘Try Hard’ Nak Hiburkan Penonton?

Artikel Berkaitan: Ruhainies Tak Terasa Dengan Janna Nick – “Kita Tahu Dia Suka Bergurau”

Artikel Berkaitan: Terkesan Dengan Isu Suami Kahwin Dua, Janna Nick Bagi Amaran Pada Dini – “Kalau Berani Curang, Ada Tel*r Datang Tunjuk!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Lima Komposer Bantu Zamani Hasilkan ‘Aduh’

Cubaan Zamani membawakan lagu berunsur kontemporari ini bakal memberikan sajian telinga dan perspektif yang berbeza buat penggemar tegar Zamani.

Trending Tue, 3 Jul 2018

TERKINI : Najib Ditahan SPRM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. […]

Trending Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Pelakon veteran, Mak Wan didakwa oleh pembantu peribadinya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan agama.

Trending Wed, 26 Dec 2018

Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 185,000 Miskin Tegar Tahun Hadapan

Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas

Contest Wed, 17 Apr 2019

Lagu Cinta Kita Kini Di Youtube!

Korang nak tengok bagaimana agaknya peserta ini memilih pasangan mereka? Saksikan Lagu Cinta kita hanya di Youtube

Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Featured Thu, 27 Oct 2022
error: Content is protected !!