Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari May 6, 2024 @ 6:28pm

Gabungan Pelakon ‘Legend’ & Baharu! Filem Saka Perawan Bakal Merasuk Dipawagam Bermula 27 Jun Ini

Selepas kejayaan filem Anak Perjanjian Syaitan 2, Grand Brilliance Studio tampil dengan filem baharu bergenre seram komedi yang berjudul Saka Perawan di bawah arahan Dr Ahmad Idham.

Untuk makluman, Saka Perawan akan mula merasuk di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun 2024 ini.

Saka Perawan mengisahkan tentang misteri di sebalik kesusahan nenek yang berusia 80 tahun untuk meninggal dunia telah membuatkan anaknya menjadi bingung. Sudah hampir sebulan nenek terlantar dan doktor perubatan juga tiada jawapan kepada misteri penyakit nenek ini.

Ternyata, nenek menyimpan belaan dan saka yang telah diwarisi dari keturunannya di masa lalu. Menurut perjanjian, sebelum meninggal dunia hendaklan di serahkan dahulu kepada keturunan nenek yang masih perawan atau dara.

Jadi, apakah kesudahan di sebalik penyakit misteri nenek ini dan berjayakah nenek mencari pewaris Saka Perawan ini?

Lebih menarik, filem ini dibintangi oleh gabungan barisan pelakon legend dan baharu seperti Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nizam, Afieq Shazwan, Azlee, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Datuk Fauziah Nawi, Wilma Muhammad dan ramai lagi.

Para penonton boleh menonton Saka Perawan di pawagam berhampiran anda Jun ini! Korang save the date okay!

Saka Perawan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Dec 2022
Trending Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, […]

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Penangan Viral… Pasangan Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua Di #RewangRakyatRangers, Hot FM Siap Bawa Shila Amzah Menyanyi Lagi!

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27, yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19 menjadi […]

Trending Thu, 16 Jul 2020
error: Content is protected !!