Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 13, 2024 @ 6:09pm

Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Interim Penjagaan Anak – “I Would Do Anything For Her…”

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa bersyukur apabila pihak mahkamah memutuskan dia mendapat hak interim penjagaan anaknya, Ameena Sofia, hari ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shakilla menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

“Once I said I would do anything for her. I really mean what i said. Alhamdulillah, pagi ni pihak mahkamah dah putuskan untuk hak Interim Hadhanah berpihak pada Umi Ameena.

“Aku percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah je yang mengizinkanNYA. Alhamdulillah.Terima Kasih Allah.

“Terima Kasih to all my Lawyers yang sudi berjuang dan menjadi part of our journey. Not to forget, to my husband, Thank you so much for everything,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Terdahulu, Shakilla membenarkan bekas suaminya, Fizi Ali untuk berjumpa dengan anak mereka selama empat hari bermula 1 Mac di atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 namun sah bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Nurul Ameena Sofia.

Pada 23 Oktober 2023, Fizi telah menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu iaitu Siti Zulaikha.

Manakala, Shakilla pula telah berkahwin dengan Mohd Fariz Zulkepley, pada 24 Februari 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2026

Syed Saddiq Didakwa DM Wanita Lain, Pengurus Peribadi Tampil Respons – “Nak Pisahkan Orang Dengan Cara Ni, Fikir Dalam-Dalam Bos”

Syed Saddiq didakwa saling berbalas mesej bersama wanita lain ketika sedang hangat bercinta bersama Bella Astillah.

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Bertambah Lagi Princess, Izara Aishah Selamat Timang Anak Ketiga

Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli Bintangi Filem Raya ‘Tak Terjawab’, Timbalan Perdana Menteri Turut Buat Penampilan Istimewa Dalam Naskhah Sarat Emosi

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli menjadi tunjang utama filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul Tak Terjawab. Siap ada penampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air!

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Trending Mon, 22 Jul 2019

‘Saya Nak Jumpa Dia’- Mangsa Langgar Lari Bengang!

Saya tak boleh nak buat semua benda sendiri.

error: Content is protected !!