Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 13, 2024 @ 6:07pm

Sarimah Ibrahim ‘Labur’ Wang Cecah RM50,000 Demi Watak Qaidah

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim sanggup melaburkan duit sendiri kira-kira RM50,000 demi menjayakan watak Qaidah dalam drama Lelaki Itu.

Jelas Sarimah, wang yang dilaburkan itu termasuklah penyediaan untuk Qaidah dari segi pakaian, peralatan solekan, penjagaan muka dan badan iaitu mengikut kehendak watak yang digambarkan, seorang wanita berjaya dalam kerjaya, kaya dan terlalu berdikari.

“Masa watak Qaidah kebanyakkannya saya yang sediakan, wardrobe dah sediakan tetapi untuk menghayati watak Qaidah tu saya dah ada satu reference yang Qaidah adalah sejenis wanita yang mesti akan kekwat pasal penampilan dia.

“Jadi saya pun terpaksa jadi kekwat tentang baju. Hampir RM50,000 saya berhabis demi Qaidah, seorang wanita yang sangat berdikari dan kaya.

“Banyak faktor terlibat antaranya dari segi penampilan, gym, baju, rambut, penghayatan, suara, cukup tidur, jangan ambil job lain, jangan pergi dinner, disiplin dengan masa nak bahagikan dengan anak-anak, mata cerah tak merah.

“Kuku cantik, pastikan Semuanya cantik. Kalau kita list kan benda tu, nampaklah. Tapi kalau tengok saja, orang boleh anggap benda tu dah senang.

“Itulah prosesnya untuk merelaisasikan setiap watak. Malah, bagi drama akan datang juga saya akan mlakukan persediaan awal dengan cara yang sama.

“Andai kata saya dapat watak berhijab, saya dah perhatikan sekeliling wanita bertudung tu pakai macam mana,” katanya.

Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama media di restoran makanan Cina di sebuah hotel di ibu kota.

Selepas 15 tahun ‘berehat’ dari industri seni, Sarimah akhirnya kembali beraksi di televisyen menerusi drama popular Lelaki Itu TV3, memegang watak utama Qaidah.

Semenjak kemunculannya semula, nama Sarimah hangat menjadi perbualan, malah watak Qaidah itu seakan telah menjadi fenomena dalam kehidupannya kini.

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Ada Peluang, Tak Ada Penyondolan Itu” – Sarimah Ibrahim

Artikel Berkaitan: Bintangi Drama Lelaki Itu, Sarimah Ibrahim Perlu Menangis Lapan Kali Dalam Masa Satu Hari – “Saya Tak Pernah Bawa Watak Begini”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Feb 2021
Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Trending Tue, 10 Mar 2020

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

Jangan sebab obses nak kejar umur, kahwin terburu-buru dan meluru..

Hiburan Wed, 22 Oct 2025

“Kalau Orang Gosip Tentang Kita, Bermakna Kita Penting Dalam Hidupnya” – Nourul Depp Pesan Jangan Mudah ‘Down’

Nourul Depp cara terbaik berdepan situasi sebegitu adalah dengan berfikir positif

Hiburan Thu, 30 May 2019

Jom Tengok I Can See Your Voice Musim Kedua Bermula 23 Jun Depan!

Lebih drama, lebih menarik. Korang jangan lupa tengok okay bermula 23 Jun ini, setiap Ahad jam 9
malam hanya di TV3!

Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Eyka Farhana Gementar Tapi Teruja, Persiapan Nikah Hampir Selesai

Persediaan majlis kahwin Eyka Farhana Akhyar Rashid 80 peratus

error: Content is protected !!