Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2024 @ 1:14pm

Kaka Azraff Sokong Gerakan Boikot #Blockout2024 – “Rasanya Kita Sudah Terlampau Ikut Cara Barat, Kita Kena Ada Pegangan Sendiri”

Penyanyi Kaka Azraff menyifatkan bahawa gerakan boikot selebriti yang menyokong dan masih mempromosikan produk zionis sebagai satu langkah yang positif.

Menurutnya, gerakan tersebut adalah bagus, namun dia berharap tidak ada pihak termasuklah rakan artis yang terkesan dan terasa dengan tindakannya menyokong gerakan #blockout2024 tersebut.

“Saya bukan nak kecam cuma sangat gembira dengan tindakan positif tersebut.

“Saya sendiri sudah mula sekat artis-artis antarabangsa sebab enggan mereka meracuni fikiran saya.

“Rasanya kita sudah terlampau terikut sangat cara barat. Kita kena ada identiti dan pegangan sendiri. Saya rasa satu langkah bagus tetapi harap tiada yang terkesan dan terasa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

 

Dalam pada itu, Kaka atau nama sebenarnya,  Nor Atiqa Noor Azraff, 34, enggan mengulas lanjut mengenai rakan selebriti yang masih mempromosikan produk berkenaan dek kerana dia menganggap masing-masing mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka perlu berbuat demikian.

“Mengenai rakan selebriti yang masih mempromosikan produk yang menyokong Isr**l, saya tidak mahu menghakimi mereka.

“Setiap orang mempunyai alasan dan keadaan masing-masing dan saya menghormati hak mereka untuk membuat pilihan.

“Hanya Allah yang mengetahui dengan pasti apa yang ada di dalam hati mereka,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

 

Sekadar info, gerakan #blockout2024 diwujudkan bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang menyalurkan bantuan dan sokongan terhadap kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Terdahulu, beberapa nama selebriti popular tanah air tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 dan menjadi sohor kini di platform X.

Bagaimanapun, ramai rakan artis yang menerima positif tindakan ini, namun berharap agar warganet tidak menjatuhkan hukum dan memberi kata-kata cacian atau makian terhadap mereka yang masih ‘gagal’ berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN:Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

ARTIKEL BERKAITAN:”Kau Suruh Orang Boikot, Tapi Kau Jatuh Hukum Sendiri Macam Tak Belajar Adab” – Netizen Bengang, Dakwa Naim Daniel Pertahan Rakan Artis Isu #Blockout2024

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Dalam Senarai #Blockout2024, Mira Filzah Tampil Bersuara & Dedah Bukti!

 

Sumber: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jan 2025

Karier Sebagai Tanggungjawab, Nasir Bilal Khan Tak Kisah Soal Relevan Atau Tidak – “Itu Yang Saya Kena Jawab Dengan Allah Nanti”

“Apa yang saya nak tahu, tawaran yang diberi itu memberi manfaat atau tidak kepada masyarakat’- Nasir Bilal Khan

Featured Sat, 1 Oct 2022
Featured Thu, 12 Dec 2024

Diarrhea 5 Hari & Terkena Jangkitan E.Coli Jadi Punca Khairul Aming Dikejarkan Ke Hospital

Khairul Aming akhirnya mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya.

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Sun, 7 Jun 2020
Featured Sat, 2 May 2026
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Demi Anak, Kris Dayanti Sanggup Naik Bas?

Selamat Hari Jadi, Amora!

error: Content is protected !!