Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 17, 2024 @ 3:24pm

Lantang Bersuara Tentang Blockout, Pak Nil Cadang Anjur Kempen Baca Al-Quran Di Media Sosial – “Itulah Senjata Yang Mereka Paling Takut”

Selebriti terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil tampil mengulas isu Blockout 2024 yang kini sudah disalah tafsirkan oleh sesetengah netizen yang menyokong gerakan tersebut.

Umum tahu, ramai dalam kalangan selebriti dan pempengaruh yang terkesan dengan gerakan tersebut dek kerana sikap sesetengah netizen yang lantang menghamburkan cacian, ugutan dan fitnah.

Menurut Pak Nil, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya seluruh umat Islam perlu bersatu dalam menghentam kekejaman Israel yang telah membunuh ribuan nyawa di Palestin.

“Syaitan kalau dia gagal untuk hasut awak jadi jahat, dia akan hasut awak untuk kelihatan baik. Takut kan?

“Bila lebih-lebih tunjuk baik tu, dalam tak sangka kita bergaduh dan berpecah. Kalau nak block, nak unfollow, buat je tak perlu bergaduh.Kita nak jahanamkan Yahudi, akhirnya kita jahanamkan hubungan sesama Islam.

“Pada masa yang sama kita berpecah. Kita nak bina ukhwah kita susah. Bila jadi macam ni Yahudi sukalah jugak. Patut kita saling kuatkan yang kat sini dan hentam mereka. Saling ingat-mengingatkan,” katanya.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Pak Nil turut memberikan cadangan untuk mengadakan kempen membaca Al-Quran besar-besaran untuk menggugat golongan Yahudi menerusi media sosial.

“Bayangkan kalau kat TikTok ni keluarkan satu kempen baca Al-Quran beramai-ramai. Duduk mengaji je. Bila Yahudi tengok pun tergugat bila tengok semua bersatu. Dalam Al-Quran tu pun ada banyak doa.

“Senjata dia. Yahudi takut dengan doa kita sebab doa dia tak sampai. Itulah senjata yang dia paling takut,” jelasnya.

Sementara itu, Pak Nil turut menasihatkan mereka yang terlibat dalam gerakan tersebut untuk menegur selebriti yang masih mempromosikan barangan Pro-Israel dengan berhemah.

“Kalau dah kena boikot barang tu boikotlah. Kalau kita nak tegur, tegur dengan cara yang betul. Boikot dan block. Bila dah block dan unfollow, jadi followers dia dah kurang dan tidak akan jadi lagi jurucakap untuk pada barangan Zionis tu.

“Bila dia dah start post (isu Palestin), janganlah ejek. Kan bagus dia sedar dan itu yang kita nak kan? Sepatutnya kita gembira.

“Jom kita anjurkan satu pergerakan yang boleh satukan kita dalam masa 24 jam baca Al-Quran. Mana tahu pergerakan kita di Malaysia ni diangkat di Arab, Indonesia, Pakistan, Iran, Iraq,” katanya.

Selain Pak Nil, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hazeman Huzir dan ramai selebriti lain yang tidak bersetuju dengan kekerasan yang diamalkan oleh netizen menerusi gerakan Blockout 2024 ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Events Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Alami Klaustrofobia, Julia Farhana Imbau Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Ruang Sempit – “Saya Tersekat Hampir 10 Minit”

Julia Farhana fikir hampir mati terperangkap dalam bonet kereta, tersangkut di bawah tanah

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Tue, 28 May 2019
Trending Sat, 25 Sep 2021

Tawar Hadiah RM10,000 & Kereta Myvi, Jangan Lupa Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit!

Kempen yang ditampilkan oleh Hot FM yang telah bermula sejak awal September lalu, kini telah tiba ke kemuncaknya. Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit pada 25 September ini, bermula jam 3 petang ini. […]

Events Sun, 3 Nov 2019

人妻「李太太」杨丞琳感谢粉丝不离不弃!

「全能天后」杨丞琳暌违6年再度来马开唱,担任演唱会总策划的她,亲自调整歌单,并为不设Encore环节临时加唱2首歌送大马粉丝福利。

error: Content is protected !!