Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 21, 2024 @ 2:01pm

“Selebriti Itu Hanya Title, Saya Tak Punya Wang” – Randy Pangalila

Aktor terkenal Indonesia Randy Pangalila tampil berkongsi kisah pahit kehidupannya sejak beberapa tahun lalu setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen.

Menerusi video yang tular di TikTok, Randy dia pernah menjalani beberapa fasa sukar dalam hidupnya sehinggakan tidak mampu untuk membayar rumahnya.

Menurut Randy, pada ketika itu dia tiada sebarang pekerjaan bahkan terpaksa menjual rumahnya sendiri demi kelangsungan hidup.

“Pengutip hutang datang ke rumah saya. Saya jumpa mereka saya cakap saya tak ada duit. Mereka tak percaya. Takkan Randy Pangalila tak ada duit? Saya cakap, selebriti itu hanya title.

“Kalau title saya tidak ada pekerjaan saya tetap tak ada duit dan saya sekarang memang tidak ada pekerjaan. Sampai akhirnya tu, saya ada rumah syukur rumah itu sudah jadi indah dan saya bersyukur.

“Saya berkali-kali berdoa di depan rumah itu saya menyerah untuk bayar rumah itu. Saya mohon bantu saya, saya berserah kalau memang rumah ini buat saya, bantu saya tuhan.

“Cari caranya kerana saya sudah buntu. Tapi memang rumah itu bukan untuk saya, bantu saya untuk cari pembelinya. Saya dah let go, rumah saya siap dilabel ‘rumah ini digadaikan’,” katanya.

Mengakui sukar melalui fasa itu, Randy turut mendedahkan dirinya mengalami masalah gerd akibat terlalu tertekan dengan dugaan yang dihadapinya.

Lebih tersentuh, Randy yang pernah membintangi drama Dalam Hati Ada Taman itu memaklumkan pada ketika itu isterinya berkemungkinan mempunyai cancer kerana kitaran haid tidak menentu.

“Dari saat itu saya tertekan dan saya tak kongsikan perkara itu semua di media sosial. Yang mereka lihat saya tetap membuat endorsement dengan senyum dan happy.

“Tapi saya stress sampai sakit gerd. Pergi ke hospital doktor pesan perut saya tak ada masalah, semuanya di fikiran sahaja. Overthinking.

“Tambah pula ketika itu saya berkahwin dengan isteri saya, dia punya kitaran haid tak menentu. Perkara ini macam back to back. Bila pergi ke hospital, doktor kata ada benjolan dan besar kemungkinan ia cancer.

“Saya jadi lebih tertekan. Tapi saya berusaha untuk terus senyum depan isteri saya. Saya taknak dia sedih dan saya kena kuat,” jelasnya.

Tidak mampu menahan sebak, Randy turut mengakui fasa itu memberi kesan kepadanya sehingga kini meskipun kehidupannya sudah bertambah baik.

“Walaupun saya kini sudah berada dalam keadaan yang lebih baik, setiap kali bila bercakap tentang ini saya akan emotional. Saya rasa betapa beratnya waktu itu,” ujarnya.

@beni.gunawan.wija 22:00 #Randypangalila #Podcast #Melaneyrichardo #Story #Storytime #Stories #Motivasi #Motivasidiri #Motivasihidup #Fyp #Beranda #Foryou #Forpage ♬ Inspirational – neozilla

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rupanya Dah Berpisah 2 Julai Lalu.. Que Haidar, Linda Jasmine Bercerai Talak 1

Que Haidar bercerai talak satu dengan Linda Jasmine 2 Julai lalu.

Featured Tue, 22 Nov 2022
Trending Fri, 22 Mar 2019

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

#HeadscarfforHarmony tanda solidariti tragedi tembakan Christchurch

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sebak! Ini Luahan Bakal Isteri Emy Buat Arwah

Melihat kepada keadaan Cathy, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat meminta agar Cathy melalui dugaan ini dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan ilahi diatas pemergian Allahyarham

Trending Thu, 17 Jun 2021

Selamat Bersalin 16 Mei Lalu, Miera Leyana Belum Bersedia Kongsi Wajah Anak

Pelakon Miera Leyana selamat melahirkan bayi sulungnya pada 16 Mei lalu. Memaklumkan khabar terbabit selepas sebulan melahirkan cahaya mata, Miera tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira ini. “Saya lebih selesa untuk memberikan fokus kepada proses […]

Events Sun, 29 Apr 2018

Let’s Do Our Part Towards Saving the Beloved Malayan Tapirs

They are one of the many animals facing extinction so we must do our part to stop that from happening.

Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!