Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dhia Iwana May 21, 2024 @ 6:40pm

Marsha Milan Kongsi Rasa Teruja Bakal Buat Persembahan Di Shanghai, China

Penyanyi Marsha Milan meluahkan rasa teruja apabila bakal terbang ke Shanghai, China tidak lama lagi.

Menurut pelantun lagu Dulu, Kini dan Akhirnya itu, persembahan terbabit bakal berlangsung selama dua hari dan Marsha diterbangkan oleh Tourism Malaysia bagi tujuan mempromosikan budaya Malaysia di sana.

“Alhamdulillah, saya dirisik oleh Tourism Malaysia untuk bersama mereka ke Shanghai selama dua hari, bagi mempromosikan lagi culture di Malaysia. Saya rasa sangat teruja.

“Memandangkan kita bakal menyambut Pesta Menuai atau Kaamatan di sini, lagu-lagu yang saya akan persembahkan di Shanghai adalah lagu-lagu dari negeri Sabah. Insya-Allah, saya bakal melakukan persembahan solo di sana dan bakal berada di China selama empat hari,” jelasnya.

Marsha ditemui XTRA pada sesi pelancaran muzik video ‘Hening Rindu’ lagu runut bunyi drama bersiri Aku Bukan Ustazah di Warner Music Malaysia, Damansara, sebentar tadi.

 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemunculan rakannya, penyanyi Bella Astillah yang turut membuat persembahan di China baru-baru ini, Marsha turut berbangga dengan persembahan yang ditampilkan penyanyi Bella.

Dalam masa yang sama, dia mengharapkan lebih banyak penyanyi dari Sabah yang akan melebarkan sayap dalam industri ini.

“Saya sangat berbangga dengan dia (Bella). Sejak dulu lagi saya memang mengharapkan lebih banyak penyanyi Sabah dalam industri kita. Mungkin disebabkan jarak kita yang jauh dari Semenanjung dan platform di sana lebih kecil.

“Tapi saya sangat seronok bagi pihak Bella yang akhirnya melebarkan sayap dalam indsutri ini, bukan sahaja lakonan tapi nyanyian juga. And Of course I would like to see more Sabahan dalam indsutri ini,” katanya lagi

Untuk info, Marsha bakal berangkat membuat persembahan di Shanghai, China pada hujung bulan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Pelakon Filem Paskal Akhirnya Bertemu ESSCOM

Diharap segala proses memberi keterangan berjalan lancar

Trending Thu, 10 Jan 2019

Masjidil Haram Di Serang Ribuan Cengkerik

Pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

error: Content is protected !!