Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 27, 2024 @ 6:36pm

Kahwin, Kerja & Meninggal Dunia Punca Seramai 984 Calon Tak Duduki SPM Di Sabah

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin mendedahkan bahawa seramai 984 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak menduduki peperiksaan di Sabah.

Perkara tersebut dikongsikan olehnya ketika sidang media keputusan SPM 2023 di Kota Kinabalu, hari ini.

Antara sebab calon-calon tidak menduduki peperiksaan adalah kerana sudah berkahwin, bekerja dan meninggal dunia.

Katanya, perkara itu disedari pada hari pertama peperiksaan berlangsung dan diberi perhatian kerana jumlah keciciran menduduki SPM tinggi sekaligus membimbangkan.

“Kita dapati ramai yang tidak hadir tapi punca ketidakhadiran itu ada pelbagai faktor, ada yang sudah bekerja, berkahwin dan kembali kepada-Nya (meninggal dunia).

“Itu antara faktor yang kita lihat tapi ada juga yang memang mungkin kurang berminat (menduduki SPM),” katanya.

Walaubagaimanapun, jumlah ketidakhadiran itu menurun berbanding tahun 2022 yang merekodkan seramai 1,564 orang.

“Kita akan lihat bagaimana kita boleh membantu anak-anak kita ini. Ada yang memang mungkin kurang minat ke sekolah, tapi Insya-Allah kita akan lihat apa yang boleh dibantu,” ujarnya.

Kongsinya lagi, Sabah mencatat peningkatan prestasi dalam SPM 2023 dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.09 berbanding 5.22 pada SPM 2022.

Seramai 484 calon atau 1.38 peratus daripada 35,126 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Artikel Berkaitan: Hattan Luah Sebak & Bangga Anak Arwah Adik Capai ‘Straight A’s’ Untuk SPM

Artikel Berkaitan: “Sebak & Bangga Kami” – Hajat & Impian Arwah Ibu Tercapai, Adik Ubai MZ Peroleh 10A Dalam SPM

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Featured Sun, 8 Apr 2018

12 Benda Mahal Tapi Merepek Yang Selebriti Barat Pernah Beli, No. 11 Paling Gila

Kalau dah artis tu, mestilah mereka berduit. Dan bila ada duit, tak sah kalau mereka tak berbelanja untuk barang-barang yang mereka tak perlu.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Tue, 28 Aug 2018

看过鳄鱼与长颈鹿的生活?会发现你的人生一点都不难

如果你觉得对生活很厌世的话,那你一定要看看这本日本插画家Keigo所绘制的新书!看完之后你觉得其实自己的人生还算好过……

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

error: Content is protected !!