Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2024 @ 1:59pm

Bekas Kekasih Influencer Tebuk Mengaji ‘Spill The Tea’, Dedah Mesej Mangsa Gangguan Seksual?

Baru-baru ini, nama pempengaruh yang terkenal dengan video ‘tebuk mengaji’, Qawiy Aro didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual.

Namun begitu, Qawiy atau nama sebenarnya Abdul Qawiy Abd Rashit menafikan tuduhan tersebut dalam satu kenyataan di Instagram Story (IGs) miliknya pada minggu lalu.

Artikel berkaitan: Nama Terbabit Dalam Kes Gangguan Seksual, Ini Respons Qawiy Aro

Terkini, nama Qawiy kembali hangat menjadi sebutan selepas seorang wanita mengakui bekas kekasih, Athyka Jalil mendedahkan mesej-mesej mangsa pempengaruh tersebut yang dihantar menerusi mesej IG.

Berdasarkan tangkapan skrin tersebut, individu mendakwa dirinya mangsa mendedahkan Qawiy pernah merabanya ketika mereka bertemu buat pertama kali.

Qawiy Aro

Menerusi tangkapan skrin lain, individu dipercayai mangsa Qawiy turut mendakwa pempengaruh tersebut pernah menghantar video memaparkan alat kemaluannya.

Bukan itu sahaja, dalam hantaran sama individu itu turut berkongi foto Qawiy kerap menelefonnya pada 10 Mei lalu.

Qawiy Aro

Kelmarin, Athyka memuat naik sijil kursus kahwin tertera namanya bersama Qawiy yang diambil pada 8 Oktober 2023 bagi mengesahkan dia benar-benar kekasih pempengaruh tersebut.

Qawiy Aro

Dalam masa sama, Athyka menjelaskan dia dan Qawiy hampir bertunang namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihak Qawiy berhubung isu berbangkit, malah dia dilihat ‘menyepi’ daripada mana-mana akaun media sosial.

Sebelum ini, nama Qawiy hangat menjadi sebutan di media sosial selepas tular laporan polis oleh seorang individu yang mendakwa pempengaruh tersebut memintanya melakukan perkara tidak senonoh.

Jelas individu tersebut, kejadian berlaku ketika mereka berhubung menerusi panggilan video.

Malah dia turut mendakwa Qawiy ada menghantar mesej berbaur lucah serta mendedahkan pempengaruh tersebut ada cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.

Susulan itu, terdapat seorang pengguna platform X menulis surat terbuka kepada Qawiy yang mendakwa dia telah menerima amaran daripada pempengaruh tersebut yang mahu memfailkan saman terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

Pesan Scha, ‘Jangan ikut perasaan’

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

“Mereka Seperti Wali-Wali Gaza” – Iylia Balqis Dedah Kejadian Sebenar Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana

Iylia Balqis perjelas Ardell Aryana hampir demam, Kapal Mikeno kena water canon selama dua jam

Featured Sat, 25 May 2024

Dituduh Tak Hormat Tempoh Idah, Adira Suhaimi Tampil Beri Respons : “Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Bagi Makan?”

Haa, dengar penjelasan Adira tu okay jangan asyik tanay nanti kena babap. Awas!😅

Featured Wed, 11 Dec 2024
Hiburan Wed, 23 Jul 2025
error: Content is protected !!