Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 31, 2024 @ 7:30pm

Michael Ang Bidas Netizen Kata Muka Suami Ain Edruce Selenga – “Muka Elok Poket Kosong Pun Tak Guna Macam Tanggung Biawak Hidup”  

Pengarah Michael Ang tampil membidas kenyataan netizen yang mengkritik wajah suami kepada pelakon dan pengacara, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz atau dikenali sebagai Mirul.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Michael berpendapat lebih baik sekiranya berwajah selenga yang tahu menjaga diri daripada berwajah kacak tetapi perangai buruk.

Dalam pada itu, Michael turut menyifatkan Amirul adalah seorang lelaki yang baik.

“Tak baik cakap muka laki Ain selenga. Baik tau orang dia!

“Anyway kalau muka elok perangai macam bird-bird berterbangan, lagi baik dapat muka selenga tapi bird-bird duduk diam-diam saja dalam sangkar!

“Muka elok poket kosong pun tak guna dah macam tanggung biawak hidup! Muka elok tapi bebal pun tak guna dik!

“Biar la muka biasa-biasa atau selenga tapi ada otak dan hari perut! Siapa setuju,” tulis Michael.

Terdahulu, tular satu ciapan yang mengkritik video content Ain bersama suami sehingga Amirul dilabel ‘muka selenga’ oleh netizen.

“Orang Malaysia ni tak bosan kah dengan lawak dia dok ulang-ulang tunjuk laki dia ni selenga” ciap netizen tersebut.

Ain Edruce

Untuk info, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.

Kini, pasangan itu diserikan dengan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gelagat Ain Edruce Minta ‘Jagakan’ Suami Bikin Berdekah, Netizen Komen: “Ambil Balik! Yang Ni Kami Tak Mau Jaga”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Wed, 17 Aug 2022

“Saya Ada Rasa Sedikit Terkilan Lebih-Lebih Lagi… – Raja Azmi Berang Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dihadkan Tayangan Kerana Pengabdi Setan 2?

Penerbit Raja Azmi mendakwa filem seram karyanya, Jerangkung Dalam Almari dihadkan jumlah tayangannya semata-mata ingin memberi laluan kepada filem seram dari negara seberang, Pengabdi Setan 2. Sehubungan dengan itu, penerbit, Raja Azmi tampil meluahkan rasa […]

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Mon, 30 Mar 2020
Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

Featured Wed, 30 Mar 2022
error: Content is protected !!