Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 17, 2022 @ 4:19pm

“Saya Ada Rasa Sedikit Terkilan Lebih-Lebih Lagi… – Raja Azmi Berang Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dihadkan Tayangan Kerana Pengabdi Setan 2?

Penerbit Raja Azmi mendakwa filem seram karyanya, Jerangkung Dalam Almari dihadkan jumlah tayangannya semata-mata ingin memberi laluan kepada filem seram dari negara seberang, Pengabdi Setan 2.

Sehubungan dengan itu, penerbit, Raja Azmi tampil meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah syarikat pawagam yang melebihkan filem luar berbanding karya tempatan terutama filemnya.

“Saya ada rasa sedikit terkilan lebih-lebih lagi apabila slot tayangan Jerangkung Dalam Almari dihadkan. Orang ramai nak menonton tayangan pada sebelah malam, tapi kebanyakannya dibatalkan dan digantikan dengan filem Pengabdi Setan 2.

“Bukanlah saya nak minta sampai berpuluh-puluh slot, tapi kalau boleh, berikan semula slot tayangan lewat malam kepada filem kami,” katanya.

Raja Azmi juga berharap masyarakat dapat memberi sokongan kepada karya tempatan supaya dapat meneruskan kelangsungan tayangan di panggung.

“Saya nak sarankan, yang hanya boleh bantu adalah orang ramai, masyarakat dan peminat filem. Datanglah beramai-ramai ke pawagam dan tengok filem tempatan.

“Bila pawagam dah penuh dan orang nak tengok, pihak pawagam akan beri semula ruang dan slot untuk tayangan,” ujarnya.

Sebelum ini, filem Jerangkung Dalam Almari dikatakan telah disabotaj oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

Individu tersebut telah memuat naik tangkap layar jualan tempahan tempat duduk filem terbitan Raja Azmi dan menulis keterangan yang berbaur negatif.

“Ini adalah kerja ‘keyboard warrior’. Apa yang boleh saya komen, ini bukanlah benda berfaedah. Kalau tak suka sangat, tak perlulah diusik,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: Filem Jerangkung Dalam Almari Tumpang Populariti Adi Putra?

Artikel Berkaitan: Tampil Lakonan Mantap Adi Putra, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su & Ramai Lagi, ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dedah Kisah Syirik

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Nov 2023

Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Susut betul Siti Bainun 6 bulan duduk penjara kan?😉

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Fri, 1 Aug 2025

Hidung Mancung Jadi Tumpuan, Kejelitaan Ezzanie Jasny Raih Perhatian Warganet

Netizen pertikai hidung Ezzanie Jasny original atau tidak

Trending Mon, 22 Oct 2018

Maut Makan Laksa, KKM Sahkan Mi Laksa Mengandungi Salmonella!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling di Kedah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Featured Tue, 2 Jul 2024
error: Content is protected !!