Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 4, 2024 @ 1:15pm

Anak Ira Mohd Amin Dibenarkan Pulang Selepas 28 Hari Di Hospital – “The Battle Is Not Over Yet, We Still Need To Fight This ‘L'” 

Pengacara, Ira Mohd Amin memaklumkan anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) kini dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ira berkongsi momen Saif dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas 28 hari menerima rawatan sejak awal Mei lalu.

“Selepas 28 hari di hospital, abang Saif akhirnya kembali ke rumah. Rindu semua adik-adik.

“Terima kasih pada semua doktor dan jururawat yang jaga Saif hampir sebulan. Respect dengan mereka.

“Menjaga anak-anak hematology bukan perkara mudah. Mental dan fizikal kena kuat,” kongsi Ira.

Dalam pada itu, Ira memaklumkan ia sebuah cabaran baharu yang perlu ditempuhinya dan keluarga agar Saif dapat sembuh semula.

Malah, ibu kepada empat cahaya mata itu turut meluahkan rasa bimbang dan risau dengan keadaan persekitaran Saif kini yang sudah pulang ke rumah.

“As much as happy Abang dah balik rumah, now new challenge begins. The battle is not over yet, we still need to fight this ‘L’ and let it be gone for good.

“Mula lah 6 bulan treatment back and forth to the hospital 4 to 5 times a week.

“Yang merisaukan how to keep Saif safe and sound, tak jatuh sakit dan tak terjangkit dengan apa-apa infection? Tak senang duduk Mama dab Baba setiap saat.

“Ya Allah, permudahkan perjalanan Saif ini, berikanlah keajaiban dan hilangkanlah penyakit ini dari tubuh anakku,” tulis Ira lagi,

Terdahulu, Ira dan suami memohon doa pada semua agar mendoakan kesihatan anak sulungnya itu yang sudah memulakan rawatan kemoterapi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Botakkan Kepala Anak, Hati Perit Rupanya” – Ira Mohd Amin Kongsi Keadaan Terkini Anak Sulung Hidap Leukemia 

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Mohd Amin Maklum Anak Sulung Disahkan Hidap Leukemia, Mula Jalani Rawatan Kemoterapi – “Luruh Jantung Mama & Baba”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Sep 2020
Kisah Viral Mon, 30 Oct 2023

Ular Sawa Besar Tumpang Kereta, Netizen Kagum Suami Isteri Tenang Kawal Situasi Tegang

Alaaa… Ular tu baru nak ajak pergi healing😭😭😭

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Hidap Kanser Tahap Empat, Doakan Zaibo Segera Sihat!

Saya reda kerana percaya qada dan qadar Allah. Lagipun, di sekeliling saya ramai memberikan semangat… Semoga terus kuat dan cepat sembuh, Insha Allah…

Featured Thu, 22 Feb 2024
Events Mon, 20 Jan 2025

Anak Muda Malaysia Terajui Perubahan Dengan Kisah Inspirasi & Pandangan Berpengaruh Di YouthSAYS

YouthSAYS mengajak anak muda Malaysia berkongsi pandangan mereka.

error: Content is protected !!