Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana June 4, 2024 @ 8:30pm

Biarpun Nama Pernah Terpalit Isu Panas, Muaz Zabir Bersyukur Masih Diberi Peluang Berlakon

Biarpun namanya dikaitkan dengan kontroversi panas yang berlaku sejak kebelakangan ini, namun pelakon drama bersiri Leha Leya Lawa, Muaz Zabir tetap bersyukur masih diberi peluang berlakon dalam sesebuah naskhah drama.

Menurut Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, kontroversi yang mengaitkan dirinya bersama Bella Astillah sedikit sebanyak membuatkan dirinya dikenali ramai.

“Saya rasa kontroversi yang berlaku membuatkan orang kenal saya, tapi saya tahu itu bukanlah dari keadaan yang baik, jadi saya cuba untuk mengelakkan perkara itu menjadi lebih keruh.

“Sekarang ini kebanyakkan produksi tak nak ambil pelakon yang bermasalah atau ada kontroversi, tapi Alhamdulillah saya bersyukur, saya yakin kalau kita jaga attitude dan beri komitmen yang baik terhadap kerjaya lakonan, Insya-Allah kita tetap akan dipanggil,” kata Muaz.

Muaz ditemui XTRA ketika pelancaran sambutan ulang tahun TV3 ke-40 yang bertempat Muzium Telekom, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penerimaan keluarganya terhadap isu panas yang berlaku, Muaz bagaimanapun menjelaskan keadaan sudah menjadi seperti biasa antara mereka.

“Alhamdulillah, keluarga tetap keluarga. Seteruk mana pun kita, Insya-Allah keluarga tetap akan menerima kita.

“Saya pun sedar kesilapan saya yang lalu, saya dah mohon maaf dan cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa. Insya-Allah pada akhirnya keluarga lah tempat kita bergantung dan tempat kita kembali,” jelas Muaz.

Sekadar info, Muaz merupakan juara bagi program realiti Fit For Action yang diterbitkan oleh TV3 pada tahun 2022 dan pernah menjadi hos untuk rancangan berita hiburan MBuzz di TV3.

Jangan lupa saksikan drama lakonan Muaz, Leha Leya Lawa hanya di Tonton!

SINOPSIS:

Leha (Bella Astillah) mempunyai seorang adik, Leya (Didi Astillah) yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Saksikan Leha, Leya Lawa dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD di mana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda!

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama terbaharu Leha, Leya Lawa secara eksklusif di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Trending Mon, 7 Jun 2021
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Perli Siapa Tu? Faiz Roslan Muat Naik Video Masuk Tandas OKU

Faiz dilihat membuka pintu tandas OKU dan memberitahu bahawa tandas itu hanya digunakan untuk golongan LGBT sahaja

Trending Tue, 26 Jun 2018

Bazar Perayaan Di Dua Lokasi Ini Bakal Tinggal Kenangan

Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin.

Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Sat, 8 Dec 2018

Manfaat Menggeliat Yang Anda Tak Tahu

Bila anda tahu manfaat ini, anda akan menggeliat dengan bergaya setiap hari!

Featured Tue, 4 May 2021

PKP 6 Daerah Di Selangor Bermula 6 Mei, Ziarah Hari Raya Dibenarkan Pada 1 Syawal Sahaja

Mulai 6 Mei sehingga 17 Mei ,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat dan Sepang.  Menerusi sidang media harian, Menteri Kanan Pertahanan […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
error: Content is protected !!