Euforia Bola 2026
Agama By: Khairil Khusyairi June 5, 2024 @ 4:16pm

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran 

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menerusi ciapan di laman sosial X, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Langkah tersebut (direhatkan) diambil susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to (saya meminta untuk) rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah.

“Don’t ask me about what I think or feel (Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasa). Numbed (terkelu),” ciapnya.

Dalam ciapan lain, Suhaimi turut memaklumkan tugas Don Daniyal dalam program tersebut adalah sebagai perantara dan bukan penganalisis atau penceramah malah sudah dinasihatkan untuk tidak mengundang kontroversi.

Katanya, pimpinan tertinggi pengarang juga ada di lokasi bagi menentukan semua perantara mengikut skrip.

“Tugas Ustaz Don dalam Salam Baitullah sebagai compere dan bukan pengalisis atau penceramah. Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengundang kontroversi. Beliau akur.

“Pimpinan tertinggi editorial juga ada di lokasi menentukan semua compere mengikut skrip. Kita doakan yg baik-baik,” ciapnya.

Kecoh baru-baru ini apabila Don Daniyal mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah semasa bersiaran di sebuah stesen radio.

Terdahulu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) tampil memberikan pencerahan berkenaan status hadis mengenai kisah cinta pertama Rasulullah SAW yang didakwa bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Soal Status Hadis Riwayat Cinta Pertama Rasulullah SAW, Ini Pencerahan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Trend Busana Pengantin Perempuan Islam Seksi & Mencolok Mata, Ini Kata Mufti 

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Seru JAKIM & Mufti Sokong Inisiatif #GengSubuhMacamJumaat Tapi Netizen Pula Tegur “Memang Dah Sokong Dari Mula” 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Queen dengan Queen 🤩🤩🤩 Insya-Allah, moga vokal TokTi kembali pulih seperti selalu, Amin.. 🤩

Featured Mon, 15 Mar 2021
Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Amira Othman Tenang Hadapi Kecaman Perihal Penampilan & Fesyen, Pilih Fokus Perkara Positif

Amira Othman kekal tenang hadapi kecaman soal penampilan & fesyen.

Featured Fri, 13 Jun 2025

Makin ‘Hot’! Sharifah Sakinah Akhirnya Pamer Aksi Mesra Bersama Suami Baru

Sakinah hadir dengan busana berona biru gelap rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam bersama Cyril Kongo seorang pelukis grafiti terkenal Perancis.

Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

JLo Berbulu Bila Di Serang….

Siapa yang serang JLo?

error: Content is protected !!