Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 23, 2024 @ 5:48pm

Nora Ariffin Seru JAKIM & Mufti Sokong Inisiatif #GengSubuhMacamJumaat Tapi Netizen Pula Tegur “Memang Dah Sokong Dari Mula” 

Penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin menyeru pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Mufti di seluruh negara agar memberi sokongan kepada inisiatif mengimarahkan masjid pada waktu Subuh.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin mencadangkan agar Mufti dan pendakwah untuk terus memberi sokongan kepada usaha yang digerakkan penyanyi versatil, Alif Satar itu.

“Saya cadangkan Mufti dan pendakwah beri sokongan padu pada inisiatif Alif Satar kerana ajak orang pi masjid.

“Bukan mudah nak kejut anak muda berjemaag di masjid waktu Subuh. Wallahualam.

“Saya menyeru pihak @myjakim dan lain agensi agama ‘teruskan’ sama-sama beri sokongan. Cadangan ikhlas dari saya. @alifsatar keep it up. This is dakwah.” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut bersetuju dengan cadangan pelantun lagu Desa Tercinta itu.

Namun disebalik maklum balas positif tersebut, ada juga yang tampil menegur Nora dengan menyatakan inisiatif #GengSubuhMacamJumaat tersebut memang mendapat sokongan daripada JAKIM dan Mufti.

Malah ada juga yang mendakwa Nora seolah-olah tidak cakna dengan perkembangan inisiatif tersebut.

Tidak berdiam diri, Nora tampil memberi respons dengan menyatakan dia bersyukur dan berharap usaha murni itu dapat menarik lebih ramai orang.

Malah, Nora juga berterima kasih kepada yang menegurnya.

“Benar, saya tahu. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Moga semuanya bertambah ramai dan terus istiqamah.

“Sama-sama kita doakan yang baik. Terima kasih yang memberi teguran,” komen Nora.

Semalam, media melaporkan tiga masjid utama di bawah kendalian JAKIM akan mula digerakkan dalam usaha kerajaan menyokong kempen #GengSubuhMacamJumaat.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat semakin mendapat perhatian ramai apabila usaha murni itu kini turut menjadi ikutan di seluruh negara termasuklah di negara jiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Buat Dua Sesi, Lebih 12,000 Jemaah Hadir Solat Subuh Di Johor

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Terharu 3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Siap Buat Larian… Menteri Pun ‘Join’ & Puji 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Jangan Rasa Diri Kau Paling Betul” – Yusuf Bahrin Selar Tindakan Individu Persoal Kempen #GengSubuhMacamJumaat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Merdunya Laungan Azan Taufik Batisah… Inisiatif Anak Muda, #GengSubuhMacamJumaat Jadi Ikutan Di Singapura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018
Events Fri, 12 Jun 2026

Himpun 6 Artis Popular Tanah Air, Spotlight KLCC Series Angkat Konsep Konsert Premium

Spotlight KLCC Series bakal dihangatkan dengan persembahan showcase lebih intim

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Danish Hakim Tegur Netizen Dakwa Abby Abadi Tak Restu Hubungan Dengan Kekasih Singapura – “Jangan Campur Urusan Saya”

Anak pelakon terkenal, Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim, 22, menegaskan pandangan orang luar tentang hubungannya dengan teman wanita dari Singapura langsung tidak penting. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Danish berkongsi sebuah video memaparkan momennya bersama […]

Trending Wed, 5 May 2021

Sabarlah Duhai Hati & Cukup Derita Itu Eksklusif di iQiyi Bulan Ramadan Ini

Drama bersiri Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu telah menyertai senarai drama-drama ternama hasil daripada perjanjian perkongsian kandungan drama yang dipersetujui di antara pengeluar dan pengedar kandungan terbesar di Malaysia, Primeworks Studio dan sebuah […]

Selebriti Fri, 8 Mar 2024
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Sufi Rashid Teruja Tahun ini Tidak Bujang

Sufi Rashid berasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beraya berstatus bujang.

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Trending Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!