Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 10, 2024 @ 3:55pm

Dakwa Diri Sudah Tidak Relevan, Adira Minta Hafiz Suip Bangkit – “Dia Ada Bakat Yang Bukan Semua Orang Ada”

Penyanyi Adira Suhaimi berharap agar rakan sekerjayanya, Hafiz Suip terus bangkit mengharungi cabaran sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air.

Menerusi laporan Harian Metro, Adira mengulas perkara itu selepas penyanyi lagu Awan Nano itu menganggap dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik.

Menurut Adira, dia juga pernah melalui fasa jatuh bangun dalam industri, namun dia berharap agar Hafiz tidak berputus asa untuk menyerlahkan bakat yang dimilikinya.

“Saya doakan yang terbaik buatnya dan minta dia bangkit semula sebab dia ada ‘talent’ (bakat) yang bukan semua orang ada.

“Ada masa kita juga berasa ‘down’. Mungkin Hafiz tengah ‘down’ ketika keluarkan kenyataan itu.

“Saya percaya dia masih lagi mahu berada dalam industri muzik dan perlukan sokongan daripada semua terutama rakan-rakan,” katanya.

Tambah Adira, fasa itu adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh semua artis memandangkan terdapat banyak bakat baru yang menceburi bidang tersebut.

“Saya sendiri pernah melalui fasa turun naik itu kerana kemunculan ramai artis baru yang jauh lebih muda dan memiliki pakej lengkap dari segi paras rupa yang kacak dan cantik.

“Artis perlu kuat dan terus bertahan dengan segalanya untuk kekal berada dalam industri muzik. Kalau sudah masuk bidang nyanyian memang susah nak undur semula,” jelasnya.

Sementara itu, Adira juga sempat berkongsi tentang kondisi terkini Hafiz ketika membuat persembahan duet dengannya di Singapura, dua bulan lalu

“Saya tengok Hafiz okay saja. Saya juga ada bertanya mengenai badannya yang kurus dan dia beritahu kerana masalah slip disc (kesakitan tulang belakang) yang dihadapi.

“Hafiz beritahu dia tidak boleh melebihi berat badan yang ditetapkan supaya masalah yang dihadapi itu tidak teruk. Kulitnya gelap juga kerana dia suka memancing,” katanya.

Terdahulu, Hafiz menganggap dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik ketika membalas pertanyaan peminat di media sosial yang merindukan zaman kegemilangannya dulu.

Namun, rata-rata peminatnya tidak bersetuju kerana Hafiz mempunyai vokal yang sangat hebat.

Susulan itu, Hafiz juga didakwa menghilangkan diri selepas menyahaktif akaun Instagram miliknya, sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Trending Wed, 20 May 2020
Trending Wed, 26 Feb 2020

Satu Tragedi Atau Konspirasi? Novel Tahun 1981 Ini Ramal Coronavirus

Penyebaran Coronavirus dilihat semakin membimbangkan. Terbaru, dilaporkan COVID-19 melanda empat lagi negara Asia Barat iaitu Bahrain,Iraq, Kuwait dan Oman.  Dalam kebimbangan isu ini,  sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes Of Darkness yang diterbitkan pada tahun […]

Trending Sun, 10 Jun 2018

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

Trending Fri, 27 Nov 2020
error: Content is protected !!