Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 7, 2024 @ 6:36pm

“Ternyata, Kebenaran Dilahirkan Untuk Disalahkan…” – Kongsi Foto Mesra Bersama Aslam, Perkongsian Umisya Mazlan Curi Tumpuan

Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania, Umisya Mazlan sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram, Umisya telah memuat naik foto mesranya bersama suaminya, Aslam diiringi kapsyen yang menekankan tentang kebenaran.

“Ternyata, kebenaran dilahirkan untuk disalahkan. Keutuhan diciptakan untuk dipatahkan. Supaya apa? Supaya manusia tak lupa kalau mereka manusia,” tulisnya.

Tertarik dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya telah memberikan pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada sesetengah netizen turut mendoakan agar Umisya terus berbahagia bersama suaminya, Aslam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya 🍉 (@umisyamazlan)

Terdahulu, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa menjadi penyebab pergolakkan rumah tangga Umisya dan Aslam, pada September tahun lalu.

Lebih mengejutkan lagi, Marissa turut dikhabarkan sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

Yang suka menghina paras rupa orang lain, berkawanlah dengan cermin – Misha Omar

Featured Wed, 18 Jun 2025
Hiburan Sun, 5 Apr 2026
error: Content is protected !!