Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 7, 2024 @ 3:38pm

Kisah Silam Isteri Merobek Kebahagiaan? Saksikan Telefilem Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana Sekarang!

Jika seorang wanita mempunyai kisah silam sendiri, adakah ia perlu diceritakan kepada suaminya sebelum berkahwin?

Adakah perlu untuk wanita itu terus memendam rahsia dan melupakan apa yang terjadi di masa lalu demi keharmonian rumah tangga?

Andai kisah silam itu terbongkar, adakah ia boleh merobek kebahagiaan?

Itu merupakan antara plot penceritaan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana!

Jangan lupa saksikan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

SINOPSIS:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 20 Jan 2025

Anak Muda Malaysia Terajui Perubahan Dengan Kisah Inspirasi & Pandangan Berpengaruh Di YouthSAYS

YouthSAYS mengajak anak muda Malaysia berkongsi pandangan mereka.

Acara Mon, 15 Aug 2022
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Fuh Aedyy, mata tu ok tak? 😳 Rancakk betull 🤭 Masih berjiwa muda orang kataa 🤪

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima […]

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

“Saya Hilang Diri Sendiri, Segala Kontroversi Adalah Wake-Up Call…” – Ismail Izzani

Sabarlah Mael, inilah asam garam dalam dunia hiburan kann 😌

Hiburan Fri, 14 Jul 2023
error: Content is protected !!