Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari June 20, 2024 @ 5:48pm

Bon Jaminan Dilanjutkan, Aliff Aziz, Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Syariah

Pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selama tiga jam hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, sumber menyatakan mereka tiba di mahkamah pada jam 8.40 pagi dan beredar keluar jam 11.50 pagi tadi.

Namun begitu, tujuan pasangan itu ke mahkamah tidak dapat dipastikan tetapi berkenaan kes tangkapan khalwat yang ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada awal Mac lalu.

Kata sumber, kedua-dua mereka diberikan bon jaminan RM1,500 oleh mahkamah diteruskan.

Kongsinya lagi, prosiding kes mereka bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai depan.

Di samping itu, sumber rapat dengan Aliff menyatakan tujuan kehadiran mereka ke mahkamah hari ini bukan untuk pendakwaan sebaliknya berkaitan kes khalwat mereka.

“Pertuduhan dibacakan hakim syarie tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Siasatan Kes Khalwat Ruhainies & Aliff Aziz Selesai

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Apr 2020
Trending Wed, 12 Aug 2020

Cara Semak Status Rayuan BSH Fasa Ketiga

Ikuti cara untuk menyemak status rayuan BSH anda

Trending Mon, 26 Aug 2019

Kerana Percaya Pada ‘Polis Palsu’ , Rugi RM67,000

Kerana percaya pada ‘polis palsu’ , rugi RM67,000

Featured Thu, 22 Jun 2023
Figura Wed, 17 Jan 2024

Agong & Raja Permaisuri Agong Berkenan Baca Berita Di Buletin Utama Malam Ini

Jangan lupa saksikan malam ni di Buletin Utama TV3!

error: Content is protected !!