Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2024 @ 12:37pm

Ibu Aliff Aziz Mohon Maaf Bagi Pihak Anak, Janji Akan Terus Beri Nasihat  – “Kami Akan Terus Mendoakan Anakanda Kami Sehingga Menutup Mata”

Ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil bersyukur apabila terdapat segelintir warganet yang masih waras dan berfikiran positif mengenai isu kontroversi yang melanda anaknya sebelum ini.

Menerusi perkongsian tangkap layar pesanan mesej langsung (DM) dari seorang individu, dia berharap agar Hafiza kuat menghadapi ujian, kerana ujian yang diberikan kepada keluarganya adalah tanda bahawa Allah sayang dan ingin mengangkat darjat seluruhnya.

“Semoga puan kuat semangat menhadapi ujian ini. Allah uji tanda Allah sayang dan ingin mengangakat darjat puan sekeluarga.

“Hari ini kita diuji dan kita sempat muhasabah diri dan perbaiki apa yang patut agar menjadi lebih baik. Yang memaki hamun risau tak sempat nak mohon maaf, ajal menjemput,” tulis individu berkenaan.

Tidak habis disitu, individu tersebut juga mengaku berasa kurang senang dengan tindakan Aliff sebelum ini, namun menganggap apa yang berlaku terhadap aktor itu tidak wajar untuk dihakimi memandangkan dia juga tidak mengenali Aliff secara rapat.

“Saya dulu pernah ada rasa marah pada Aliff dan puan yang sentiasa ada dibelakang Aliff. Tapi bila difirkirkan semula, tidak adil untuk saya berperasaan begitu berdasarkan penilaian apa yang terpampang di media sosial.

“Tidak adil menunding jari pada salah orang, sedang diri sendiri juga banyak khilaf. Maafkan saya puan.

“Saya kagum puan menjadi ibu yang sangat kuat. Moga terus diberikan kekuatan yang kuat,” tambahnya.

Bersyukur dengan perkongsian individu tersebut, Hafiza bagaimanapun tampil memohon maaf atas segala khilaf yang pernah dilakukan anaknya.

Malah, dia juga berjanji akan terus menasihati dan mendoakan anaknya itu selagi masih diberi kesempatan.

“Mashaa-Allah, Allah ilhamkan insan hebat ini menulis kepada saya. Sesungguhnya Allah maha baik.

“Kami juga ingin memohon maaf atas kekhilafan anakanda kami yang menyinggung perasaan. Inshaa-Allah kami akan terus menasihati dan mendoakan anakanda kami sehingga kami menutup mata,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

 

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar A*jing & Puk*mak, Ibu Aliff Aziz Dedah DM Individu Hambur Kata-Kata Kesat – “Teruskanlah Jika Ini Buat Anda Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Anak Sah Bercerai, Akaun Instagram Ibu Aliff Aziz Kembali Aktif! – “Sebagai Insan Wajib Belajar Dari Kekhilafan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2024
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Happy Birthday Hael!

Selamat Hari Jadi Hael!

Hiburan Thu, 29 May 2025
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

“Bagus Suami Saya Apa-Apa Mesti Minta Izin Isteri Dulu” – Anzalna Nasir

Wow terbaik la Hanif! Jarang ada suami nak minta izin isteri nii

Featured Fri, 30 Dec 2022

Mimpi Jadi Kenyataan! Kugiran Masdo Kongsi Pentas Bersama The Changcuters, Hiburkan Hampir 2,000 Peminat!

Kugiran Masdo dan The Changchuters menghiburkan hampir 2,000 peminat di konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi. Menurut Ali, kolaborasi tersebut adalah salah satu impian Kugiran Masdo […]

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose

Featured Fri, 9 Aug 2019
Hiburan Fri, 17 May 2024
error: Content is protected !!