Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 17, 2024 @ 2:27pm

Kencang Berbisnes Produk Kesihatan, Riz Amin Tak Terdetik Tinggalkan Dunia Lakonan

Pelakon Riz Amin tidak pernah terdetik untuk meninggalkan dunia lakonan biarpun sudah lima tahun bergiat aktif dalam bisnes.

Melibatkan diri dengan jenama terkenal dalam industri kesihatan, AG Nutrition, Riz kini menggalas tugas sebagai Pengarah Global dan selesa membahagikan masa antara dua bidang.

“Saya tak pernah terfikir meninggalkan dunia lakonan. Berada dalam bidang seni merupakan ‘passion’ saya dan ia sudah menjadi darah daging.

“Sudah 20 tahun terlibat dalam industri ini sejak muncul dalam Hero Remaja pada 2004, saya juga yakin kerjaya sebagai pelakon membantu saya memperkenalkan diri dalam bisnes ini. Syukur sanga-sangat kerana apa yang saya usahakan membuahkan hasil, lebih-lebih lagi kita menjual produk yang baik untuk orang ramai,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia kini bergelar jutawan kerana kejayaan dalam bisnes AG Nutrition, Riz mempunyai jawapan sendiri.

“Allahuakbar, Amin… Doa-doakan. Sebenarnya, dalam perniagaan ini, untuk bergelar ‘Global Director’, kena mempunyai ‘income’ yang spesifik. Jadi Alhamdulillah selepas lima tahun bersama mereka, ia mampu mengubah hidup saya. Syukur atas rezeki Allah berikan ini.

“Menuju proses untuk berada pada tahap sekarang, banyak yang kena saya belajar. Kalau anda nak berjaya, nak bergelar jutawan misalnya anda kena rajinlah. Kalau nak mengharapkan satu kerja saja pun tak boleh juga,” katanya.

Riz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 & Pelancaran Produk AG Leanz di Shah Alam, baru-baru ini.

Terdahulu AG Leans menerusi AG Nutrition ialah produk terbaharu yang memberi fokus terhadap penjagaan dan pengurusan berat badan.

“Dengan slogan Define Your Body, Define Your Destiny, AG Leanz bersedia untuk mengubah lanskap pengurusan berat badan denagn formula terkini untuk membantu orang ramai dalam menuju perjalanan ke arah gaya hidup sihat.

“Ia diformulasi dengan gabungan unik bahan semula jadi yang setiap satunya dipilih dengan cermat untuk membantu menyokong penurunan berat badan selain mampu menambah baik tahap kesihatan secara keseluruhan,” kata Hafiz Salleh dan Faiz Salleh selaku Ketua Pegawai Operasi Nutrition International.

Acara tersebut turut dihadiri Pengerusi AG Nutrition International, Datuk Iskandar Halim dan Penasihat Korporat AG Nutrition International, Datuk Zaliha Abdul. Majlis turut dihadiri oleh rakan artis, Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin.

Dalam perkembangan lain, AG Nutrition kini dalam perancangan untuk mengembangkan legasinya ke negara buat apabila bakal membuka cawangannya di Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Fri, 11 Aug 2023
Events Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Meghan Markle Hamil Anak Kedua?

Wah, kalau betul apa salahnya kan?

Trending Mon, 28 May 2018

Warga Sibu, Jangan Panik!

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Featured Mon, 30 Dec 2024

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Fazura menegaskan bahawa dia kini bukanlah Puan sebaliknya mahu dipanggil Cik.

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

” Anugerah Itu Satu Rezeki, Saya Takkan Tolak” – Ella

Tak sabar rasanya nak tunggu lagu baru dari kakak kita ni kan?

error: Content is protected !!