Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 22, 2024 @ 2:13pm

Meganya! Selepas Naomi Campbell, Kini Lady Gaga Pula Peragakan Busana Rizman Ruzaini

Jenama pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini kini dilihat semakin mendunia selepas busana rekaan mereka diperagakan oleh beberapa selebriti antarabangsa.

Sebelum ini, jenama tersebut telah diperagakan oleh model terkenal Naomi Campbell untuk pertunjukan fesyen di Dubai.

Terbaharu, pasangan pereka fesyen itu tampil berkongsi momen apabila busana mereka diperagakan oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga.

Difahamkan, penyanyi lagu Bad Romance itu mengenakan busana tersebut ketika membuat konsertnya di Las Vegas.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Rizman Ruzaini menyatakan busana mewah penyanyi antarabangsa itu juga ditaburi dengan ribuan batu Swarovski.

“Telephone the Paparazzi because we are at The Edge of Glory! This is Lady Gaga in a custom Rizman Ruzaini performing Americano at her Las Vegas Residency! This makes us want to drop everything and Just Dance.

“We also have a Million Reasons to thank Swarovski for the bling-bling,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya dan rakan artis yang rata-ratanya berbangga dengan pencapaian mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MaisonRizmanRuzaini (@rizmanruzaini)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 3 Apr 2024
Featured Wed, 20 Oct 2021

Kongsi Berita Gembira, Elfira Loy Hamil Anak Kedua

Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan berita gembira dirinya sedang hamil anak kedua. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar dengan memegang belon yang tertera ‘Baby 2 is Coming’ dan perkara itu jelas mengumumkan bahawa […]

Featured Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Sat, 17 Jun 2023
Hiburan Fri, 5 May 2023
Trending Thu, 17 Sep 2020
Hiburan Wed, 2 Jul 2025

Elliza Razak Berang Masih Dikaitkan Dengan Hutang Bekas Suami – “Saya Dah Bercerai! Jangan Cari Saya!”

Elliza Razak luah rasa bengang masih dikaitkan dengan hutang bekas suaminya.

Trending Mon, 1 Jun 2020

KPM Nafi Keluar Tarikh Pembukaan Semula Sekolah

semak dulu dan dapatkan maklumat yang sahih baru percaya okay!

error: Content is protected !!