Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 22, 2024 @ 12:27pm

Ibu Bapa Dedah Redza Rosli Sebak Berkahwin & Pikul Tanggungjawab Ketua Keluarga – “Dia Salam Minta Restu & Ampun…”

Ibu kepada pelakon Redza Rosli, Norashikin Saifudin, 58 berkongsi anaknya itu telah memohon restu dan meminta maaf sebelum dirinya bergelar suami, semalam.

Terdahulu, Redza dilihat tidak mamu menahan air matanya ketika bersalaman dengan ibunya sebelum memasuki perkarangan majlis akad nikahnya bersama pelakon baharu, Bella Hanna.

Menurut Ashikin, dia juga sempat menitipkan pesanan kepada Redza supaya banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.

“Sebelum masuk dewan, dia salam saya minta restu dan ampunkan dosanya. Saya cakap pada dia, saya ampunkan semuanya dan doakan perjalanan majlis dan kehidupan baharunya dipermudahkan. Itu yang dia menangis. Saya juga nasihati agar banyakan bersabar.

“Alhamdulillah, sebab mak saya gembira dia bertemu jodoh. Doa saya, semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan,” katanya.

Foto: Thelova.co

Dalam pada itu, bapa Redza, Rosli Hashim, 65, menyatakan aktor itu sebak kerana bakal bergelar suami dan bakal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Rosli turut menyifatkan Redza seorang anak yang manja lebih-lebih lagi dengan ibunya.

“Dia sedih sebab berkahwin dan perlu menjadi ketua keluarga pula. Baginya itu tanggungjawab yang bukan mudah. Bertambah sedih apabila dia mendapat kata-kata dan nasihat daripada ibunya.

“Redza anak yang manja dan rapat dengan kami (ibu bapa). Kalau nak tahu, sewaktu dia sekolah rendah dan menengah dia akan ikut saya ke mana-mana saja terutama yang berkaitan kereta. Pendek kata, dia memang rapat dengan keluarga.

“Macam sekarang pun, kalau sakit, dia akan hubungi ibunya untuk mengadu dan bercerita. Biasalah, kadang anak lelaki memang terlebih rapat dan manja dengan ibu,” katanya.

Terdahulu, Redza dan Bella telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz, pada jam 4.05 petang, semalam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]

Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Trending Mon, 21 May 2018

Rosmah: “A Person is Innocent Until Proven Guilty”

It seems the ex-Prime Minister’s wife wishes to be treated like a normal person.

error: Content is protected !!