Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2024 @ 11:30pm

Festival Budaya Filem China-Malaysia Dianjurkan Bersempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan KL-Beijing

Tayangan 11 filem Malaysia dan China merupakan antara intipati Festival Budaya Filem China-Malaysia yang dianjurkan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, bermula hari ini (21 Jun 2024) hingga Ahad (23 Jun 2024).

Diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur-Beijing, forum untuk pembikin filem yang menjadi platform pengkarya dua negara berinteraksi turut dianjurkan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, forum dianjurkan mampu memupuk pertukaran budaya, mempromosikan filem dan program televisyen (TV) selain meningkatkan persefahaman pembikin filem.

“Filem bukan sahaja mengisahkan cerita yang menarik, sebaliknya, mengatasi halangan bahasa dan budaya serta mengeratkan hubungan antara rakyat.

“Pada Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM90 juta melalui Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menggalakkan penerbitan filem antarabangsa berkualiti tinggi.

“Malah, karya filem dan TV tempatan mendapat rebat tunai sehingga 30 peratus. Jika kandungan filem itu berkaitan dengan budaya tempatan, syarikat produksi boleh memohon tambahan lima peratus rebat tunai.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan semua orang datang ke Malaysia untuk menghasilkan filem yang bagus,” katanya pada majlis perasmian Festival Budaya Filem China-Malaysia.

Turut hadir di majlis terbabit adalah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Budaya Filem China-Malaysia, Aron Koh.

Tambah Nie Ching, landskap negara yang meliputi pelbagai budaya boleh mencerminkan industri filem yang menarik.

“Kita ada pengarah berbangsa Cina yang cemerlang dalam perfileman bahasa Cina, seperti Chiu Keng Guan, Jin Ong dan Chong Keat Aun.

“Malah, pengarah berbangsa Cina seperti Adrian Teh dan Liew Seng Tat juga mencapai kejayaan dalam menghasilkan filem bahasa Melayu,” katanya.

Tambahnya, pertukaran budaya juga boleh dilihat menerusi filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang memfokuskan kepada kisah keluarga Cina.

Festival Budaya Filem China-Malaysia disokong FINAS bagi mempromosikan naskhah dihasilkan pengkarya Malaysia dan China selain memperkenalkan pembikin filem dari kedua-dua negara kepada orang ramai.

Pada majlis perasmian itu, filem pembukaan iaitu Victim(s), naskhah usahasama China dan Malaysia arahan Layla Yi, dipertontonkan.

Sebelas filem dari China dan Malaysia yang ditayangkan adalah Small Town Heroes; Sheriff; Prebet Sapu; The Movie Emperor; Born To Fly; No More Bets; Wandering Earth 2; Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms; One and Only dan The Movie Emperor.

Tiket berharga RM10 boleh dibeli melalui aplikasi Dadi Cinema Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

Featured Thu, 9 Dec 2021

“Peh, Baru 8 Hari Dah Cergas!” – Netizen Kagum Dengan Wawa Zainal Lawat Pejabat Ketika Berpantang

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menyambut anak mereka yang keempat pada 30 November lalu. Biarpun masih dalam tempoh berpantang, aktres berusia 30 tahun itu tampil bertenaga melawat pejabatnya. Wawa yang juga […]

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

“Dulu Merayu Nak Job, Dah Dapat Berlagak!” – Fizz Fairuz Sindir Individu Pandang Orang Atas Bawah

Fizz turut mendakwa individu berkenaan mula menunjukkan sikap berlagak selepas berjaya mendapatkan pekerjaan yang diinginkan

Hiburan Tue, 12 Nov 2024

Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu

Fazura dapat hak jagaan Fatima sepenuhnya, Fattah diberi hak lawatan dan bermalam

Featured Thu, 6 Oct 2022

[VIDEO] “Lepastu Buat Lagi, Aliff Syukri No. 2!” – Permohonan Maaf Baim Wong & Isteri Dikecam

Fuh, nama Datuk Aliff Syukri terpalit sama. Dah minta maaf lepastu buat lagi? Hmm Apapun semoga Baim dan isteri ambil pengajaran

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

error: Content is protected !!