Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 27, 2024 @ 4:10pm

“Saya Mohon Semua Netizen Tolong Pergi Azan Dekat Telinga Dia” – Digelar ‘Janda Pemfitnah’, Nurul Shuhada Tampil Bidas Kenyataan Hafidz Roshdi

Walaupun kedua-duanya sepakat untuk tidak lagi menyebarkan aib masing-masing di media sosial, pasangan kontroversi Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sekali lagi dilihat saling berbalas kenyataan menerusi hantaran di Instagram.

Terbaharu, Shuhada atau nama penuhnya, Nurul Shuhada Mat Sukri, 30, meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila Hafidz sekali lagi dilihat membangkitkan isu nafkah sekaligus menggelarnya sebagai ‘janda pemfitnah’ dan  ‘janda penipu’.

“Lah kau ni dah kenapa pula dah ni? Tadi dah settle balai kan? Kau nak apa ni weh? Kau tak bahagia ke apa ni? Apa kesian sangat hidup kau ni? Alaaaa, mengucap banyak-banyak la matpit oi,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Gelar Bekas Isteri ‘Janda Penipu’, Siap Minta Tunjuk Bukti Sahih Sebarkan Dokumen Mahkamah

Tidak habis di situ, Shuhada turut meninggalkan komen sarkastik pada tangkap layar Hafidz, apabila dia meminta agar netizen menyuruh aktor itu bersabar dan memperbanyakkan mengucap selain menitipkan pesanan agar bekas suaminya itu berbahagia dengan pilihannya.

“Sekarang ni, saya mohon kepada semua netizen untuk tolong pergi azan dekat telinga dia. Suruh sabar dan mengucap banyak-banyak.

“Sudah-sudah lah tu ye, Berbahagia lah bersama pilihan anda,” katanya.

Dalam hantaran berlainan pula, Shuhada mengakui sudah malas untuk melayan karenah Hafidz sekaligus mahu fokus menjadi seorang ibu yang baik kepada dua anaknya iaitu, Humairah, 7 dan Umar, 3.

Manakala, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram nya pula, Shuhada turut mempersoalkan tahap pemikiran Hafidz yang dilihat tidak matang atau ‘childish’ sekaligus mendedahkan tindakan bekas suaminya itu sebagai bukti dia bukanlah seorang lelaki yang baik untuk dijadikan suami mahupun bapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Sharif Zero berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Hiburan Sun, 19 Nov 2017

Pelakon Mengaku Dialah Individu Ditahan Polis Akibat Kesalahan Dadah

Nadzmi mendakwa dia terperangkap sehingga ditahan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya.

Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Featured Tue, 27 Jan 2026
Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Trending Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Selepas Model, Pelakon…Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi!

Saya bermula sebagai model dan besar harapan agar tahun 2020 bakal membawa tuah lebih baik untuk saya.

error: Content is protected !!