Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2024 @ 5:21pm

Aplikasi TheNoor Tak Ada Kaitan Dengan Promosi Air Minuman Produk Neelofa Berunsur ‘Soft P*rn’ – “Kami Bantah Guna Gambar Lucah…”

Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup muslim, TheNoor menegaskan aplikasi itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemasaran produk minuman wanita berunsur lucah oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Menerusi paparan kenyataan rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama, Mohd Izzairi Yamun berkata aplikasi The Noor mengecam tindakan penggunaan gambar berunsur lucah bagi mempromosikan produk Isterix.

“Selaku CEO dan Co-Founder TheNoor saya tidak
bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.

“Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika. Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.

“TheNoor tidak terlibat sama sekali dalam penghasilan atau pengedaran gambar tersebut. Kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.

“Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran,” tulisnya.

TheNoor

Dalam pada itu, Izzairi berkata pihaknya komited bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang dengan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut diperingkat dalaman.

Sementara itu, Izzairi mengakui kesal apabila nama dan imej aplikasi TheNoor tercalar dek kontroversi yang telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

“Komitmen kami untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat tidak akan pernah berubah. Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan kami.

“Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

“TheNoor tetap komited untuk mengekalkan piawaian integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam semua aspek perniagaan kami.

“Kami menghargai semua yang memahami dan yang berterusan menyokong kami ketika kami menangani situasi ini,” katanya.

TheNoor

Sebelum ini, nama selebriti Neelofa hangat menjadi sebutan ramai dj media sosial selepas akaun Instagram Nilofa Group memuat naik foto-foto berunsur lucah bagi mempromosi produk minuman dipercayai untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

Bagaimanapun, pihak Nilofa dalam satu kenyataan rasmi telah membuat permohonan maaf atas tindakan mereka itu.

TheNoor

Artikel Berkaitan: Produk Isterix Nilofa Dikritik, Dakwa Guna Gambar Promosi ‘Soft P*rn’… Imej Berpurdah Neelofa Dipertikai

Artikel Berkaitan: Didakwa Guna Gambar ‘Soft Porn’ Untuk Promosi Produk, Akaun IG Nilofa Tampil Mohon Maaf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, selebriti terkenal, Nora Danish

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Michael Owen Sees Great Potential in FA Selangor’s U19 Team

Michael Owen really thinks young Malaysian footballers can be great.

Hiburan Fri, 13 Sep 2024
Featured Thu, 3 Oct 2024
Featured Mon, 15 Jun 2026

Persembahan Sentiasa Di Luar Kotak, Aisha Retno Hargai Usaha Anggrek Pilih Jadi Rakan Duet

Aisha Retno menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila dipilih oleh Anggrek sebagai rakan duet untuk beraksi di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian. 

error: Content is protected !!