Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 3:07pm

Andyoso Mahu Teroka Genre Balada, Muncul Dengan Single Pendamping Hidupku

Penyanyi baharu, Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli, 20, teruja apabila single keduanya berjudul Pendamping Hidupku memberi peluang baharu kepada dirinya untuk meneroka genre muzik balada.

Kata Andyoso yang bernaung di bawah Awal Muzik Entertainment, Pendamping Hidupku adalah hasil ciptaannya bersama komposer dan penulis lirik daripada Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.

“Proses rakaman lagu ini dibuat di Indonesia selama empat hari. Pendamping Hidupku berkisarkan seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.

“Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.

“Walaupun genre balada masih agak baharu untuk saya, tapi saya tidak duduk diam saja sebaliknya saya mengambil kelas vokal untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan sempurna.

“Alhamdulillah penerimaan setakat ini positif dan muzik video lagu ini meraih lebih 140,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan dilancarkan,” katanya.

Tambah Andyoso, sebagai pendatang baharu dia mengaku mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Saya orangnya agak pemalu tapi selepas mengambil keputusan terjun dalam bidang ni saya cuba mengubah personaliti saya.

“Saya juga nak buktikan tanggapan netizen yang mendakwa saya hanya bersandarkan rupa wajah saja adalah salah. Setiap hari saya berlatih dan memasuki kelas vokal,” katanya yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA, Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Awal Muzik Entertainment, Saidin Nordin meluahkan rasa syukur apabila syarikat rakaman yang ditubuhkan pada 2019 kini semakin diterima baik oleh pelbagai pihak sekali gus berjaya meletakkan Awal Muzik Entertainment pada tahap yang cukup membanggakan hari ini.

“Alhamdulillah jika dulu kami kurang menerima perhatian, tapi sekarang Awal Muzik Entertainment antara syarikat rakaman yang mula meraih perhatian.

“Malah keluarga Awal Muzik Entertainment juga sudah bertambah besar dengan lebih 10 artis baharu di bawah syarikat rakaman ini.

“Saya harap dengan pelancaran single Andyoso dan Danial Kifli ini, peminat muzik akan terus mengikuti perkembangan Awal Muzik Entertainment kerana kami begitu optimis memberi peluang kepada anak muda untuk berjaya dalam bidang yang mereka gemari ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Demi Anak-Anak, Adira Tak Jadi Cerai

Semoga kesudahan yang baik-baik saja buat keluarga Adira dan Datuk Red.

Hiburan Tue, 6 May 2025

Anak Tiri Nora Mahu Hentikan Sindiran, Tegas Tiada Isu Dengan Perkahwinan Bapa

Anak tiri Nora Ariffin iaitu Aya menjelaskan pihaknya tiada sebarang dendam

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

“BUAT APA NAK TOLAK? ORANG MASIH MAHUKAN KHIDMAT SAYA” – FASHA SANDHA

Bagi Fasha, memang masa itu sangat terhad tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya

Events Wed, 13 Mar 2019

42 Filem Layak Ke Festival Filem Malaysia Ke 30

Filem mana agaknya yang bakal diangkat sebagai Filem Terbaik?

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧

Featured Thu, 19 Jan 2023
error: Content is protected !!