Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2024 @ 7:15pm

Watie Hanifiah Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Kaum Orang Asli

Isteri usahawan dan pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya yang telah menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni seperti orang asli.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs), Watie berkata dia tidak mempunyai niat sama sekali untuk menghina kaum tersebut.

Jelasnya, Uwais ketika itu tidak berbaju membuatkan Watie teringat akan penampilan orang zaman dahulu kala yang tidak memakai pakaian.

“Mummy dapat banyak direct message (dm) tegur mummy berkenaan video Uwais tu mummy sebut macam orang asli.

“Sejujurnya, tak ada langsung niat mummy nak menghina atau memperlekehkan.

“Cumanya dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala,” katanya.

Dalam hantaran sama, Watie berkata dia tidak pernah membidas semula komen-komen netizen yang pernah mengkritiknya sebelum ini.

“Mummy rasa followers mummy pun tahu selama ini mummy sangat menjaga tutur bahasa mummy.

“Walaupun yang mana kecam mummy sebelum ni pun tak pernah mummy marah, berbalas.

“Maaf kalau ada yang terasa. Tapi, Insya-Allah, mummy tahu niat mummy dalam berbahasa,” ujarnya lagi.

Watie Hanifiah

Sebelum ini, Watie berkongsi video Uwais tidak berbaju di Instagram, namun kenyataannya yang menyamakan anak tirinya itu dengan kaum orang asli disalah erti oleh segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Selalu Pesan Pada Anak Untuk Tak Kurang Ajar Dengan Orang Dewasa, Terharu & Syukur Talita ‘Backup’ Bila Dikecam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Jangan Derhaka Cakap Suami” – Lesap RM100,000, Watie Hanifiah Ralat Tak Dengar Nasihat Shuib

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Feb 2020

[VIDEO] “Mic Tok Ti Tak ONS, Is Another Level Of Melampau” Netizen Salahkan Stesen TV Pula!

Hashtag #justiceforsitinurhaliza buat penyanyi kesayangan no 1 Malaysia

Trending Tue, 6 Nov 2018

Tangisan, Jeritan Kedengaran, Penyelam Indonesia Kongsi Pengalaman Pelik Ketika Operasi Menyelamat JT-610

Semoga segala urusan pasukan penyelamat dipermudahkan dan jika diizinkan-Nya, kesemua mangsa nahas dapat ditemui semula. Insya Allah…

Featured Fri, 15 Aug 2025
Trending Thu, 30 Nov 2017

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol, Katanya Mangsa 16 tahun Lakukan Seks Atas Kerelaan

Trending Thu, 3 Jun 2021

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Filem Radhe di tonton CINEMA!

Filem Bollywood terbaru berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kini bersiaran di tonton CINEMA bermula hari ini! Filem yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi […]

Featured Thu, 16 Oct 2025

Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Mickey Ayo

Pelakon dan usahawan jelita, Nora Danish kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video istimewa sempena ulang tahun kelahiran jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Mickey Ayo.

error: Content is protected !!