Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2024 @ 4:41pm

Jalani Fasa Pemulihan, Azira Shafinaz Rehat Sepanjang Julai

Mengalami masalah kesihatan, pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengambil keputusan berehat sepanjang Julai ini.

Menurut anggota kumpulan trio De Fam ini, dia menjalani fasa pemulihan selama sebulan sebelum memulakan penggambaran pada Ogos depan.

“Buat masa ini, saya memang sedang berehat secukupnya. Saya tidak ambil sebarang tawaran sehingga Ogos depan.

“Sekarang juga boleh saya katakan sebagai fasa pemulihan untuk saya. Saya memang sudah terlalu banyak bekerja, menjalani penggambaran dan menyertai pertandingan realiti nyanyian bersama De Fam,” katanya.

Sudah merasakan dirinya ‘terlebih’ bekerja, Azira mendedahkan dia pernah melalui fasa sangat penat.

“Saya rasa sudah terlebih bekerja. Setiap hari saya melalui rasa penat, kadang-kadang bila sudah rumah pun badan saya masih terasa letih.

“Namun, sebagai anak seni, inilah yang saya perlu lalui. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah pastikan diri sentiasa sihat dengan mengambil makanan tambahan.

“Kalau boleh saya mahu teruskan rutin harian seperti biasa, tak mahu orang lihat diri saya sedang sakit. Jadi, saya ambil keputusan untuk rehat,” katanya.

Azira ditemui di majlis pelancaran drama Nafsu yang bersiaran di Viu, baru-baru ini.

Membawakan watak Dina, Azira bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Aqasha, Kamal Adli, Nia Atasha, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi.

“Penggambaran untuk drama Nafsu ini sangat menyeronokkan dan mengambil masa antara Disember tahun lalu sehingga Februari lepas.

“Saya memegang watak doktor bernama Dina, bekas kekasih Sam lakonan Kamal Adli. Dina meminta pertolongan Sam untuk mencari adiknya yang hilang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Baim Wong, Isteri Tersenarai Antara Vlogger Terkenal Dunia

Hebat penangan suami isteri ni, sentiasa terhibur tengok telatah mereka di Vlog Bapau. Cuba try layan, menghiburkan!

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Hiburan Wed, 17 Jul 2024
Featured Mon, 30 Jun 2025

“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

Mereka suami isteri cuma mahu menegakkan hak mereka sebagai pemegang dan pemilik lagu-lagu kumpulan itu.

error: Content is protected !!