Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 15, 2024 @ 1:33pm

Individu Kritik Kediaman Kecil Seperti Sarang Burung, Ibu Aliff Aziz Respons – “Ini Rumah Pencen, Bayar Penuh Sebab…”

Ibu penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza tampil memberi respons berhubung kenyataan individu yang mengkritik kediamannya di Singapura kecil seperti sarang burung.

Menerusi beberapa pautan video di Instagram Story (IGs), Hafiza atau lebih mesra disapa Fiza berkata itu adalah rumah pencennya bersama suami tersayang.

Malah, Fiza juga menegaskan mereka membeli rumah tersebut secara bayaran penuh tanpa sebarang pinjaman atau berhutang serta enggan menyusahkan anak-anaknya.

“Ada orang bertanya kenapa rumah saya ni kecik seperti sarang burung. Jawapan saya pada saudari berkenaan, saya hanya mampu ucap Alhamdulillah.

“This is my retirement house. Kami bayar semua penuh tak ada outstanding loan. Kami memang tak nak susahkan anak-anak.

“Ukur baju di badan sendiri. Insya-Allah, kita tahu kemampuan kita.

“Saya menghormati suami saya. Sepanjang 34 tahun berkahwin, saya tak pernah minta apa-apa daripada suami saya sekiranya dia tak mampu.

“Saya bahagia dengan rumah ini, tempat kami berteduh. Alhamdulillah, kita perlu ucap syukur..,” ujarnya menjawab persoalan netizen.

Sebelum ini, nama ibu penyanyi Aliff Aziz ini hangat menjadi sebutan ramai di media sosial selepas acap kali memuat naik perkongsian menyebelahi anaknya itu.

Artikel Berkaitan: “Ni Ke BF Yang Nak 1 On 1 Tu?” – Aliff Aziz ‘Repost’ IGs Ruhainies Raih Perhatian

Artikel Berkaitan: Video Aisyah Aziz Pakai Turban, Baju Lengan Pendek Nampak Pusat Tular Semula… Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Kesal – “Terima Kasih Undang Cacian, Ingat Kami Di Padang Mahsyar” 

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Mohon Maaf Bagi Pihak Anak, Janji Akan Terus Beri Nasihat  – “Kami Akan Terus Mendoakan Anakanda Kami Sehingga Menutup Mata”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Featured Tue, 16 May 2023
Featured Mon, 30 Mar 2026

Fizo Omar Hormat Syed Saddiq, Pilih Utamakan Tanggungjawab & Keluarga  – “A Man With A Good Heart, Mungkin Beribu Orang Kejar Anda Tapi…”

Fizo Omar respect Syed Saddiq yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang berprinsip dan mengutamakan tanggungjawab dalam kehidupan.

Trending Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Fri, 10 May 2024
Hiburan Sun, 19 Apr 2026

Sebak Dapat Lolos AJL40, Wani Kayrie Dedah Pernah Hampir Berputus Asa

Wani Kayrie tak dapat menahan sebak apabila lagunya lolos ke AJL40.

error: Content is protected !!