Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2024 @ 4:25pm

Izara Aishah Mengaku Seronok Jadi Ibu – ” Walaupun Penat Tapi Saya Bertuah Ada Suami Yang Supportive”

Pelakon jelita, Izara Aishah mengaku seronok menjadi seorang ibu walaupun sibuk menguruskan perniagaan termasuklah rumah tangganya.

Katanya menerusi temu bual bersama portal majalah popular, menjadi seorang ibu dan isteri bukanlah perkara mudah dan dia belajar untuk menyesuaikan diri terhadap kehidupannya kini.

“Menjadi seorang ibu ni bukan senang. Sebab saya ada perniagaan, saya pentingkan suami dan anak-anak. Malah, saya tengah belajar nak adapt semua benda tu.

“Tipu kata tak penat, tak cukup tidur dan baby pun baru keluar.. So, macam tu lah kita kena tengok keadaan.  Alhamdulillah, kalau kita buat semua benda dengan sabar, kita dapat banyak reward. Saya tak ada nak complaint apa-apa and i am having so much fun,” katanya.

Mengulas lanjut, ketika ditanya sama ada dia meletakkan perancangan untuk menambah bilangan anak atau sebaliknya, Izara bagaimanapun menjelaskan ia bergantung kepada rezeki.

Menurutnya, suami dan keluarganya banyak memberi sokongan dan itu sedikit sebanyak menyenangkan dirinya.

“Another 2 years  insyaaAllah. Tengoklah macam mana. Sebab saya ada suami yang supportive dan keluarga juga. Jadi itu yang menyenangkan saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga sempat berkongsi, bahawa kedua-dua anaknya mempunyai sikap yang sangat berbeza.

Bahkan, dia tidak menafikan bahawa anak keduanya, Amara Amina lebih mirip dirinya memandangkan sikapnya yang lebih aktif.

“Kedua-duanya very close. Yang pertama dia tak jealous langsung dan sangat protective terhadap  adik dia. Sensitif dan agak lembut. Tapi, yang nombor dua buas. Lain sangat dua-dua. so nak adapt tu macam terkejut sikitlah.

“Tapi kalau anak yang pertama lebih mengikut bapa dia, dan anak kedua ikut saya,” ujarnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

 

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Jun 2021

Tiada Lagi Total Lockdown Buat Perlis, Kelantan & Terengganu, Dijangka Masuk Fasa 2 Minggu Hadapan

Negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan. Memetik laporan Awani, keputusan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya […]

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Terpilih Saat Akhir, Wany Hasrita, Amira Othman Berangkat Tunai Haji Esok

Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia tetapi bila berfikir semula…

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Umie Aida Dekatkan Anak Pada Al-Quran Sejak Bayi Lagi

Pelakon, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan kepada anaknya, Aisyah Humaira. “Alhamdulillah, Aisyah sudah masuk lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. “Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam […]

Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Wed, 4 Dec 2024

Selepas Nekad Fail Cerai, Zahnita Muat Naik Video Menangis & Padam Foto Di IG

ibu kepada empat cahaya mata itu kelihatan memakai hoodie dan mengenakan kaca mata hitam sambil memuat naik video berlatar belakangkan lagu popular ‘Have I Told You Lately That I Love You’ nyanyian Rod Stewart.

error: Content is protected !!