Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 18, 2024 @ 7:25pm

Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

Pelakon, Intan Najuwa menafikan tuduhan tidak membayar gaji pekerja seperti yang didakwa oleh salah seorang individu menerusi ruangan komen di platform TikTok.

Berdasarkan muat naik di Instagram Story (IGs), Intan berkata dia tidak pernah mencari masalah dengan pekerja.

Sebaliknya, aktres drama rantaian Racun Rihanna ini mendedahkan pekerjanya pernah mencuri wangnya namun Intan memilih untuk tidak membesarkan perkara berkenaan.

“Siapa pula staff yang saya tak bayar gaji ni. Melainkan kalau dia tak buat kerja, memang saya buang terus. Pekerja songlap duit saya adalah, curi duit saya dari bank pun ada. Cuma kita ni malas nak berdendam, tak report police pun.

“Yang makan gaji buta pun ada. Pekerja yang buat kerja macam budak tadika, lepastu tiba-tiba demand macam-macam pun ada. Spill the tea, please. Saya pun tertanya-tanya.

“Sorry ya, saya tak ada hutang duit orang. Orang hutang saya je ramai. Semua staff saya yang kerja dengan saya, kerja dapat gaji siap bonus lagi.

“So kalau setakat nak burukkan nama saya, beringat sikit. Mess with me and you will regret it,” tulisnya.

Intan Najuwa

Sementara itu, menerusi hantaran IGs yang lain, Intan memuat naik tangkapan skrin profil TikTok individu yang melemparkan tuduhan tersebut serta meminta lelaki itu segera menjelaskan perkara sebenar.

Sekiranya dia masih berdiam diri, Intan tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Untuk lelaki ini yang cari pasal. Saya nak jumpa awak, sebab saya pun tak kenal awak. Saya bagi masa 24 jam untuk berterus terang dengan saya atau kita teruskan dengan tindakan undang-undang. Saya tak takut,” katanya.

Intan Najuwa

Sebelum ini, Intan mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Artikel Berkaitan: “Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Artikel Berkaitan: Ramai Lelaki ‘Bitter’ Intan Najuwa Duduk Rumah Fokus Rumah Tangga, Empunya Badan Tampil Bersuara – “Saya Ada Karier, Aset, Bisnes, Tak Harap Duit Jantan!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Featured Tue, 23 Nov 2021
Featured Sat, 28 Jun 2025
Trending Thu, 19 Dec 2019

Comelnya gaun Katy Perry ni, jangan tak tahu ia jenama pereka tempatan!

Khoon Hooi terkenal dengan rekaan praktikal, moden dan sofistikated!

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Masya Masyitah Bakal Pindah China?

Cuma tidak begitu fasih tetapi masih boleh diperbaiki. Sebagai persediaan awal, saya banyak mempelajari di Youtube.

Featured Tue, 9 Sep 2025
error: Content is protected !!