Euforia Bola 2026
Tech News By: Nabihah July 24, 2024 @ 11:51am

Siri HONOR 200, Telefon Pintar Bajet RM2,000 Pilihan Terbaik Di Pasaran!

Baru-baru ini HONOR telah menerima pujian orang ramai setelah melancarkan Siri HONOR 200.

Telefon pintar ini, mendapat perhatian pengguna kerana fungsi dan spesifikasinya jauh lebih baik berbanding model sebelum ini iaitu HONOR 90.

Bagi korang yang belum tahu, Siri HONOR 200 didatangkan dalam dua model iaitu model standard dan model PRO.

Kedua-duanya merupakan pilihan terbaik telefon pintar, premium flagship dengan harga bajet di pasaran buat masa ini.

Kamera potret setaraf gambar hasil studio!

Siri HONOR 200

Memiliki sistem kamera berkuasa tinggi, iaitu 50MP kamera utama, 50MP kamera telefoto, 12 MP kamera ultra lebar dan makro, gambar yang dihasilkan oleh Siri HONOR 200 memang cun-melecun.

Bukan itu sahaja, HONOR AI Portrait Engine hasil kejuruteraan bersama diantara HONOR dan Studio Hardcourt turut memastikan gambar yang diambil setanding dengan yang di studio.

Lebih menarik lagi, kamera utama Siri HONOR 200 turut dilengkapi dengan sensor H9000 1/1.3 inci, sama seperti dalam HONOR Magic6 Pro.

Maka, tak hairanlah gambar yang dihasilkan oleh Siri HONOR 200 berada pada satu tahap yang berbeza jika dibandingkan dengan model-model dari flagship yang sama sebelum ini.

Tawar Pengalaman Magic AI (Premium Flagship)

Siri HONOR 200

Disamping itu, Siri HONOR 200 menggunakan teknologi AI termaju, korang boleh merasai pengalaman menggunakan Magic AI yang dikuasakan oleh MagicOS 8.0 dan Android 14 melalui HONOR Siri 200.

Ciri AI yang dimaksudkan ialah Portal Magic, Maklumat Peribadi AI Blur dan ‘Folder’ Pintar.

Siri HONOR 200

Portal Magic membolehkan AI memahami mesej, imej dan gelagat pengguna. Ia turut menyokong pelbagai aplikasi seperti Google, Peta Google, WhatsApp, Gmail, Carian Google, Facebook, Instagram dan X (Twitter), termasuk aplikasi TikTok, WeChat dan Taobao.

Manakala, tambahan ciri Maklumat Peribadi AI Blur  akan mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan dan nombor telefon secara automatik, sekaligus menjaga privasi dan keselamatan maklumat peribadi milik pengguna.

Skrin telefon pintar mesra mata, bateri pun tahan lama!

Siri HONOR 200

Mengutamakan keselesaan pengguna, Skrin perlindungan mata PMW ‘Dimming’ adalah salah satu ciri istimewa Siri HONOR 200.

Ia berfungsi untuk mengurangkan ‘flicker’ ketika telefon pintar ini digunakan pada waktu malam.

Fungsi Paparan Malam Circadian AI dan AI Natural Tone 2.0 pula membantu melaraskan suhu warna skrin agar cahaya biru dapat dikurangkan dan pengguna dapat menonton dan menggunakan telefon pintar ini dengan selesa.

Baterinya yang berkapisiti sebesar 5200mAh membolehkan telefon ini bertahan sehingga 8 jam bagi kegunaan biasa.

HONOR Siri 200, didatangkan bersama kabel pengecasan 100W HONOR SuperCharge cuma bagi versi Pro korang boleh dapatkan juga 66W Wireless HONOR SuperCharge.

Walau bagaimanapun, jangan bimbang saiznya masih kompak dan nipis.

Tahan lasak, ada waranti Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari

Perkara lain yang menarik mengenai Siri Honor 200 adalah ketahanan skrinnya dan ‘body’ telefon pintar ini.

Skrin telefon pintar ini menggunakan Super Reinforced Glass seperti HONOR X9b. Plus, HONOR turut menyediakan perkhidmatan penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari.

Boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Ocean Cyan, Moonlight White, Coral Pink dan Hitam. Min yakin korang akan sukakannya.

  • Versi Pro tersedia dalam Ocean Cyan dan Moonlight White,

  • Versi standard datang dalam Coral Pink (eksklusif untuk versi 512GB), Moonlight White dan Black.

Dapatkan Siri HONOR 200 yang menggunakan cip pemprosesan mudah alih qualcomm Snapdragon 8s, Gen 3,12GB RAM dengan storan 256GB pada harga RM1899.

Bagi Versi Pro, harga yang ditawarkan adalah RM2,199 dengan storan sebanyak 512GB.

Beli sekarang dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM878 termasuk HONOR Earbuds X6 dan waranti Penggantian Retak Depan dan Belakang selama 365 hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Umi Tak Sengaja, Itu Rumah Mereka Jadi Terpulanglah…” – Aliff Aziz Respons Dakwaan Wajah Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga

Aliff Aziz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan hiasan tersebut berada dalam kediaman keluarganya. 

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Kurang Undian Online Punca Tersingkir, Ini Respons Ifa Raziah – “Saya Masih Teguh & Relevan..”

Yasss, ini yang kita mahukan. Tak putus semangat meski tersingkir. Min tengok persembahan Ifa pun banyak improvement dari minggu lalu ☺️☺️

TECH Thu, 24 May 2018

Buang Rakan Dari Group WhatsApp Kolej, Admin Kena Tikam

WhatsApp diserang seorang dari ahli yang merasa kecewa kerana dibuang dari group itu

TECH Tue, 19 Dec 2017

休想再洗我版!脸书推出「打盹」新功能

脸书(Facebook)日前宣布“打盹”(Snooze)新功能,用户可在帖文右上角的选项,选择暂停追踪朋友、粉丝专页或社团长达30天;不用再担心只能使用封锁或是暂停追踪方式,又被对方发现的尴尬状况。

Featured Mon, 7 Mar 2022
Trending Fri, 1 Jan 2021
error: Content is protected !!