Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2024 @ 1:03pm

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Pelawak dan usahwan popular, Shuib tampil memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang sebelum ini pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga menyebabkan ketagihan.

Katanya, tujuan dia berkongsi mengenai perkara itu tidak lain hanyalah untuk memberi pengajaran sahaja.

Bagaimanapun, dia sedar bahawa kisah membuka aib adalah tidak elok untuk didedahkan kepada umum.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad, 40, berkata, dia enggan memperbesarkan hal ini lagi meskipun menerima banyak respons positif mahupun negatif dalam kalangan netizen.

“Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.

“Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.

“Saya sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia berharap orang ramai dapat menyokong dan menonton Dol’s Podcast sebelum meletakkan kesalahan terhadap dirinya.

“Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.

“Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.

“Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian yang dibuat ketika sesi temu bual Dol’s Podcast, Shuib  mendedahkan bahawa dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000.

Artikel Berkitan:Shuib Gesa Budaya Buli Siber Dihentikan, Kongsi Arwah Siti Sarah Pernah Alami Anxiety Teruk – “Kaulah Terpaling Hebat, Bila Jumpa Takut”

Artikel Berkaitan:Tak Kisah Populariti Isteri Lebih Melonjak, Shuib Tak Pernah Halang Watie Bekerja – “Baguslah Boleh Tambah Pendapatan Keluarga”

Artikel Berkaitan:Shuib Harap Rakan Pelawak Direman Tabah Hadapi Ujian – “Saya Kenal Sangat Dia, Cuba Hubungi Tak Dapat”

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

《Durian Kaya Teh Tarik》荣登本地中文综艺收视冠军

八度空间全新户外游戏节目《Durian, Kaya, Teh Tarik》自开播收视屡创佳绩,荣登本地中文综艺收视冠军!

Events Sat, 11 Jan 2020

The Ultimate “Kawaii Metal” Rock Band BABYMETAL Is Coming To Malaysia!

More great things are coming in 2020 and we are excited!

Featured Tue, 28 Apr 2020

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Amaran kepada mereka yang sebar berita palsu

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Trending Mon, 15 Jul 2019
error: Content is protected !!