Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 24, 2024 @ 7:12pm

Didakwa Langgar Kontrak, Armani Entertainment Tuntut Michael Ang Bayar RM 500,00

Armani Entertainment menuntut pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang untuk membayar semula wang berjumlah RM 500,000 selepas melanggar kontrak yang dimeterai antara mereka sejak tiga tahun yang lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua, memaklumkan antara isi kandungan dalam kontrak berkenaan termasuk Michael perlu memasukkan artis di bawah syarikat itu dalam program realiti televisyen popular.

Tambahnya lagi, dalam kontrak tersebut turut meminta artis di bawah pengurusan Armani untuk dijadikan pelakon utama dan pelakon pembantu dalam drama terbitannya.

“Kami sudah membayar sebanyak RM 250,000 tunai, manakala RM 250,000 lagi untuk sumbangan renovasi rumahnya di Desa Park yang direkod dalam shown ‘Fix It Till You Make It’,” kata Chua.

Dalam pada itu, Chua memaklumkan perjanjian kontrak pertama sudah ditandatangani pada tarikh 1 Oktober 2021 tetapi sehingga kini, Michael gagal memenuhi tanggungjawab yang dijanjikan.

@xtra_my Alamakk banyak tu sampai RM 500,000🥹🥹 harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik lah ye… #fyp #xtramy #saman #armanientertainment #michaelang #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA


“Michael hanya melaksanakan tiga tugas yang terkandung dalam kontrak iaitu memasukkan sebuah runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri di enam lokasi.

“Pihak kami sudah menghubungi Michael selepas kontrak pertama berkenaan gagal dipenuhi dan dia juga enggan memulangkan wang.

“Bagaimanapun, selepas diberi peluang kedua, pengarah tersebut masih gagal melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan seperti termaktub dalam kontrak,” jelas Chua.

Chua ditemui XTRA dalam satu sidang media di pejabatnya di Kota Damansara pada Rabu.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor, pihak Armani bersetuju memfailkan saman kepada pengarah berkenaan dan berharap pengalaman malang ini dijadikan peringatan untuk orang di luar sana untuk lebih berhati-hati.

Peguam Chua, Lim Zi Hwei memaklumkan sebutan kes pertama akan diadakan pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Sun, 22 Dec 2024

Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga – “Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Fatima”

Aktres jelita itu memohon agar semua pihak mendiakan yang terbaik buat dirinya.

Featured Fri, 13 May 2022
Trending Sun, 25 Apr 2021

Dia Bagiku Serlah Emosi Keperitan Cinta Tiga Segi

Dah lah cantik, suara pun sedap lahai…

Hiburan Wed, 1 Nov 2023

“That Is Just Too Much, Mereka Pun Nak Cari Rezeki” – Michael Ang Tempelak Netizen Dakwa Gaji Pekerja Restoran Makanan Segera Haram

Netizen bukan tuhan nak jatuhkan hukum haram! Tolong jaga kata-kata, mereka pun nak cari rezeki juga.

Featured Mon, 28 May 2018

Pancing Putera George Dengan Smarties Baru Dia Tersenyum Lebar

Alexi Lubomirski mendedahkan betapa sukarnya pewaris takhta itu untuk senyum dan bagaimana dia akhirnya dapat membuatkan George tersengih dengan cara yang cukup mudah iaitu dengan menyogok George dan lainnya coklat Smarties.

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!