Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi July 26, 2024 @ 2:24pm

Kes Zulfarhan Osman: Aiman Aufa Pertama Kali Tengok Semula Surat Layang Selepas 8 Tahun – “Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah”

Nama saksi pendakwaan kes Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, Muhammad Aiman Aufa hangat menjadi perbualan ramai selepas tular di media sosial surat layang yang pernah ditulisnya mengenai tragedi menyayat hati menimpa rakannya sekitar lapan tahun lalu.

Surat layang yang memaklumkan penderaan zalim kepada warden oleh nasib menimpa penuntut Universiti Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan ketika itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Aiman memaklumkan ini adalah kali pertama dia melihat semula surat layang tersebut selepas kejadian itu.

“Setelah hampir lapan tahun, ini pertama kali saya tengok semula surat ini. Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang.

“Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public. Apa-apa pun, Al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-fatihah,” tulisnya.

Zulfarhan

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman gantung enam bekas penuntut UPNM yang terlibat dalam kes penderaan sehingga membunuh Zulfarhan, tujuh tahun lalu.

Enam tertuduh yang berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Aknal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Artikel Berkaitan: Ibu Arwah Zulfarhan Osman Mahu Bomoh Terima Hukuman Setimpal – “Saya Nak Biar Dia Rasa Apa Yang Anak Saya Rasa”

Artikel Berkaitan: “Sebab Tu Lah Saya Paling Pantang Dengar Kes Buli Ni” – Ulas Isu Zulfarhan, Rita Rudaini Anggap Budaya ‘Pulau’ Perbuatan Jahat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

Hiburan Sun, 6 Oct 2019

Hafreez Adam Kehilangan Ayah Tersayang

Takziah Hafreez Adam dan keluarga

Events Sat, 30 Jun 2018

Ayuh! Hangatkan Segalanya Bola Bersama Moh Skor

Demi menghimpunkan semangat bola rakyat Malaysia dan menghangatkan musim piala dunia, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah menganjurkan Karnival Moh Skor yang dijalankan pada 30 Jun 2018, Sabtu, bertempat di My Town Cheras, Kuala Lumpur

Hiburan Sun, 5 Apr 2026
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Puteri Sarah turut menasihatkan Dr. Fie agar tidak terburu-buru serta tidak mendedahkan sebarang perancangan kepada pihak lawan

Featured Thu, 20 Apr 2023

Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Sedondon dengan Amelia ke tu? Heheheh ❤️❤️ Selamat Hari Raya Aedy!

error: Content is protected !!