Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 26, 2024 @ 8:24pm

Busana Olimpik Paris 2024 Rekaan Rizman Ruzaini Curi Perhatian… Ada Yang Puji, Ada Pula Yang Dakwa ‘Biasa’ – “Macam Baju Raya Artis Tahun Lepas”

Rekaan baju kontinjen negara yang dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Walaupun rata-ratanya beranggapan ia jauh lebih baik berbanding sebelum ini, namun rekaan baju melayu berona monotone itu dianggap ‘biasa’.

 

Meskipun mengetengahkan elemen songket motif keemasan yang akan memberi aura klasik dan simbol terhadap perjuangan negara di pentas tersebut, namun ia boleh diklasifikasikan sebagai sekadar baju Melayu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di platform X, ramai dalam kalangan warganet mendakwa, rekaan yang bakal dipakai kontinjen Malaysia sempena majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 26 Julai ini sedikit mengecewakan.

“No diversity. No Malaysia color. No Borneo touch. Nice attire, but this is just baju Melayu. Nothing new. Malaysia’s identity is not just baju Melayu or baju kurung. Disappointing,” ciap netizen.

 

Bukan itu sahaja, ramai yang berpendapat warna pakaian tersebut juga sedikit tenggelam dan kelihatan seperti warna lumpur.

Bagaimanapun, masih ramai yang berpendapat rekaan Rizman Ruzaini ini masih menepati identiti memandangkan baju Melayu merupakan pakaian kebangsaan Malaysia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

“Depan-Depan Nampak Diam, Padahal Tikam Belakang…” – Individu Dakwa Ira Kazar Kaki ‘Provokasi’?

Perwatakan pelakon, Ira Kazar didakwa tidak ‘seiring’ dengan karakter yang dipaparkannya kepada khayalak ramai

Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe & Asyraf Nasir Bersatu Dalam We Live To Give

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe dan Asyraf Nasir muncul dalam sebuah lagu berjudul We Live To Give (Kita Hidup Untuk Memberi). Dilancarkan oleh Universal Music Malaysia, lagu ini muncul sebagai karya yang memberi […]

Hiburan Fri, 9 Jun 2023

MonoloQue Selit Elemen Futuristik.. Batu Sumpah Sebagai Pemisah Dalam MV Lagu Cinta

‘Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri’ – Lagu Cinta, MonoloQue

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

Rezeki Sentiasa Mengalir, Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan Suka Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Mira Filzah murah rezeki, belanja makanan di set penggambaran cecah RM8,000!

Hiburan Fri, 28 Nov 2025
familuv Thu, 2 Apr 2020
error: Content is protected !!