Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 27, 2024 @ 11:37am

TikTok Award 2024 Iktiraf Pencipta Kandungan Tempatan

Mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu’, stesen televisyen popular, TV3 bersama-sama TikTok Malaysia akan menganjurkan acara TikTok Awards Malaysia 2024 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 11 Ogos depan.

Menurut Pengurus Besar Kandungan TV3, Marlia Zul Amran,  TV3 dan TikTok masih berpegang dengan visi serta misi sama dalam membantu mengetengahkan penciptan kandungan tempatan.

“Kami bersama-sama dengan TikTok bersetuju dan mencapai matlamat sama iaitu untuk meraikan pencipta kandungan (content creator). Jadi, misi dan visi antara TV3 dengan TikTok sejajar,” katanya.

Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russel Mark Rodrigues pula berkata, penganjuran anugerah itu akan memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk hadir dan menyaksikannya secara langsung.

“Jika sebelum ini, kapasiti penonton dalam ruang acara TikTok Awards Malaysia 2023 adalah 1,700. Namun kali ini kerana lokasi yang lebih luas iaitu di WTC, Kuala Lumpur jadi jumlah penonton juga akan bertambah menjadi 2,000,” ulasnya.

Sementara itu, menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil, tema Realisasikan Impianmu sejajar dengan komitmen TikTok Malaysia dan akan turut memperkenalkan kategori baharu iaitu, Changemaker of the Year.

“Sebagai platform media sosial, Realisasikan Impianmu adalah satu tema yang penting dan kami sentiasa berusaha untuk menginspirasi masyarakat.

“Apa yang berbeza adalah, tahun ini, kami memperkenalkan kategori baharu iaitu Changemaker of the Year, yang mana, kriterianya adalah untuk mencari penciptan kandungan yang mampu memberi inspirasi serta perubahan positif kepada pengikut.

“Kami di TikTok pasti, semua orang dah ada skrin (telefon pintar). Sekarang, kami ada lebih sinergi untuk berkolaborasi dengan platform yang lebih besar iaitu TV3 sekaligus melebarkan lagi sayap pencipta-pencipta kandungan di TikTok,” jelasnya.

TikTok Awards Malaysia 2024 akan menampilkan dua segmen utama iaitu, Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).

Bagi kategori Pilihan Juri, para calon akan dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada, Khairul Aming, Angga Anugrah Putra, Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara, serta Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Barisan panel ini akan menilai setiap pencipta kandungan dalam kategori masing-masing.

Manakala, sebanyak 12 kategori akan dinilai berdasarkan sambutan dan impak positif terhadap masyarakat iaitu hiburan, animasi, permainan video, pendidikan, makanan, sukan, kecantikan & fesyen, pencipta kandungan, selebriti, video,  TikTok Live, TikTok Shop dan Changemaker terbaik.

Sekadar info, TikTok Awards Malaysia 2024 bakal menyaksikan gandingan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara karpet merah.

Nantikan juga persembahan memukau daripadapenyanyi popular tanah air seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi pada malam kemuncak yang akan bersiaran secara langsung  di TV3,  pada Ahad, jam 9.00 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Jun 2021

Fasih Cakap Melayu & Bijak, Duta Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan Ramai

Ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan lockdown, negara Amerika Syarikat telah bertindak membantu Malaysia dengan menghulurkan  bantuan tambahan  kesihatan. Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian […]

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Tiada Sengketa! Rizman Ruzaini Nafi Hubungan Persahabatan Dengan Nur Fazura Bermasalah

Ada yang mendakwa mereka kini bermasam muka… Betul ke?

Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Hiburan Thu, 5 Sep 2024

Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

Semoga hubungan Syamsul Yusof dengan ibu bapanya akan kembali jernih

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Itu Babak Saya, Dekat Set Tak Ada Rupa Orang Macam Tu…” – Mimi Lana Akui Meremang Bulu Roma, Entiti Misteri Muncul Dalam Filem Polong

Menurut Mimi, dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai kewujudan entiti menyeramkan itu sehingga ia mula diperkatakan orang ramai.

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Hiburan Thu, 8 Jan 2026
Hiburan Tue, 27 Sep 2022
error: Content is protected !!